Wednesday, 20 February 2019

Berita Mengejutkan Dari Umno

Berita Mengejutkan Dari Umno. Bekas timbalan perdana menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan baru membabitkan pecah amanah.

Beliau yang kini bercuti daripada tugas sebagai presiden Umno didakwa berhubung dana bernilai RM260,000 milik Yayasan Akal Budi.

Dakwaan itu dikatakan berlaku kira-kira tiga tahun lalu dan pertuduhan hari ini dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Berita Mengejutkan Dari Umno. Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan dibacakan di depan hakim Azura Alwi.

Sebelum ini beliau sudah dikenakan 46 tuduhan membabitkan rasuah dan salah guna kuasa.

Ia menjadikan Ahmad Zahid sebagai tokoh berprofil tinggi dari era pentadbiran Najib Razak yang paling banyak dikenakan tuduhan.

Melalui pertuduhan terkini Ahmad Zahid didakwa - sebagai pemegang amanah Yayasan Akal Budi - secara curang membuat pembayaran sebanyak RM260,000 kepada sebuah syarikat, TS Consultancy & Resources.

Berita Mengejutkan Dari Umno


Atas tindakannya itu Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara tidak kurang dari 20 tahun dan sebatan serta denda.


Prosiding mahkamah hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Berita Mengejutkan Dari Umno. Azura kemudian 28 Februari sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.




Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



4 comments:

  1. Serang jer dgn mahkamah dapigs dan mahadey tu....
    Gone end dgn mahadey apa kurang...

    Rakyat tak peduli pon...
    Perang siber menolak kaki kencing akan dilakukan sehingga pru15...

    Rakyat adalah bossku...
    #maluapabossku

    ReplyDelete
  2. Peryama kali dlm sejarah manusia..bossku simpan harta lebih rm1bilion di rumah...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...