Monday, 11 February 2019

Berita Memeranjatkan..

Berita Memeranjatkan. Kes bekas perdana menteri, Najib Razak yang berdepan dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International, akan didengar di Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Berita Memeranjatkan. Bagaimanapun, hakim tidak membenarkan permohonan Thomas supaya perbicaraan bersama kes-kes ini dengan dakwaan berkaiatan SRC lain yang dihadapi oleh Najib yang perbicaraannya dijadualkan esok.

Ini berikutan bantahan yang dibuat oleh pihak pembelaan yang diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah dan Havinderjit Singh yang berhujah bahawa mahkamah hari ini hanya mempunyai bidang kuasa untuk membenarkan pemindahan kes tetapi bukannya untuk perbicaraan bersama.

Berita Memeranjatkan


Nazlan dalam keputusannya bersetuju bahawa beliau hanya membenarkan permohonan untuk memindahkan kes itu mengikut Seksyen 417 (2) Kanun Tatacara Jenayah kerana tidak mempunyai masalah dengannya.









Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



1 comment:

  1. selayaknya org besar ke mahkamah tinggi. baru ada kelas.

    takkan nk mahkamah syariah aje. apa barang boss lu.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...