Thursday, 28 February 2019

Berita Gembira Untuk Rakyat

Berita Gembira Untuk Rakyat. Tabung Haji (TH) akan menanggung semua subsidi jemaah haji muassasah kali pertama, termasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, keputusan lembaga pengarah TH itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek, termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019.

Berita Gembira Untuk Rakyat. “Dengan pengumuman terbaru ini, kos tanggungan TH untuk musim haji tahun ini ialah sekitar RM400 juta.

“Pengumuman ini dibuat selepas Lembaga TH hari ini bermesyuarat dan memutuskan keputusan menangung kos subsidi haji,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pondok Peringkat Kebangsaan 2019.

Sebelum ini Mujahid berkata, kerajaan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung penghapusan subsidi kos mengerjakan haji bagi bakal jemaah yang pergi atas tiket rayuan atau sebagai pengiring mahram.

Berita Gembira Untuk Rakyat


Mujahid berkata, perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga TH yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.

Dalam pada itu Mujahid berkata pengumuman itu menangkis dakwaan mengelirukan yang timbul, terutamanya berhubung isu kos jemaah yang membuat rayuan haji meskipun isu itu masih belum dimuktamadkan. - fmt



Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



4 comments:

  1. Mana dpt duit tu???
    Duit curi kah????
    Hihihihi.....

    Sori...teringat cerita seorg tua yg asyik kata wang bantuan kpd rakyat adalah hasil wang curi....hihihi

    ReplyDelete
  2. Gumbira sangat, nasib baik ada prk kjp aja buat uturn, nk cari publisiti ke apa, sblum buat keputusan kaji dulu

    ReplyDelete
    Replies

    1. What makes u think belum kaji? Mcm Najib curi RM2.6 billion tak kaji dulu ke?

      Delete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...