Monday, 14 January 2019

ROS Batalkan Parti Politik

ROS Batalkan Parti Politik. Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran MyPPP mulai hari ini.

Pembatalan itu dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim kepada parti dengan salinan kepada pemimpin-pemimpin hari ini, melalui sepucuk surat.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan rayuan yang didapati "tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup di sebaliknya".

"Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai tarikh perintah ini," menurut salinan surat itu yang dilihat Malaysiakini.

ROS Batalkan Parti Politik


Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 30 hari.

Parti itu sebelum ini mengalami krisis kepimpinan apabila dua kem masing-masing mendakwa menerajui parti itu.

Kumpulan bekas menteri M Kayveas mengisytiharkan MyPPP sebagai bebas dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands.

ROS Batalkan Parti Politik


Kem bekas timbalan menteri Maglin D' Cruz pula berkata MyPPP adalah parti mesra BN.

ROS Batalkan Parti Politik.  Surat pembubaran parti itu dihantar kepada kedua-dua kem. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...