Tuesday, 29 January 2019

Palestin Julang Malaysia Sebagai Wira

Palestin Julang Malaysia Sebagai Wira. Malaysia berpendirian untuk mengutuk negara Israel tetapi tidak anti-Yahudi atau anti-Semitik, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Malaysia tidak anti-Yahudi atau anti-Semitik. Orang Arab juga adalah orang Semitik. Tetapi kami berhak untuk mengutuk tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan menindas di mana-mana pun juga, oleh sesiapa sahaja.

Palestin Julang Malaysia Sebagai Wira.  "Kami telah mengutuk Myanmar kerana layanan terhadap orang Rohingya. Kami telah mengkritik banyak negara dan orang kerana tindakan tidak berperi kemanusiaan," katanya dalam suatu hantaran terbaru di blognya.

Orang Semitik merujuk kepada kumpulan etnik, budaya atau ras yang berkongsi akar bahasa yang sama di timur tengah, termasuklah Yahudi dan Arab.

Dr Mahathir menjelaskan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel yang ditanggapinya sebagai negara penjenayah dan memang patut dikutuk.

"Kami tahu sokongan yang kuat kepada Israel. Kami tidak dapat bertindak terhadap Israel tanpa enggan mengiktiraf negara itu.

Palestin Julang Malaysia Sebagai Wira


"Kami kekal berpendirian memiliki hak untuk melarang warga Israel dari masuk ke nagara kami," tulisnya lagi.

Perdana menteri juga merayu pihak yang bersimpati dengan perjuangan Palestin untuk turut sama mengutuk Israel.

"Saya merayu pihak yang bersimpati dengan perjuangan Palestin untuk menyuarakan kutukan mereka.

Palestin Julang Malaysia Sebagai Wira


"Keganasan bukanlah jawapan. Suatu strategi yang teratur diperlukan bagi membawa keadilan kepada rakyat Palestin," katanya lagi. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...