Sunday, 13 January 2019

Kejutan Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands

Kejutan Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands. Beberapa pemimpin politik pembangkang mengulas di Twitter berhubung gambar yang memaparkan seolah-olah jentera kempen Pakatan Harapan (PH) Cameron Highlands sedang mengagihkan wang.

Gambar yang dimaksudkan itu memaparkan seorang wanita berbaju PH Cameron Highlands mengagihkan wang kepada beberapa individu yang turut memakai baju sama.

Kejutan Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands. Salah seorang pemimpin pembangkang yang mengirim ciapan berserta gambar itu adalah Anggota Parlimen Umno Kinabatangan Bung Moktar Radin.

Bung Moktar turut memberi gambaran bahawa "pemberian wang" akan lebih berleluasa pada hari mengundi.

"Ini bukan politik wang, kakak ni cuma bagi duit minum, tunggulah kat pembuangan undi baru bagi wang besar lagi.

"Sekarang ni pancing dulu mood orang muda, kalau boleh tipu lagi baru masuk gear 4," katanya.

Selain itu, Naib Presiden MIC dan bekas penyandang kerusi Cameron Highlands, C Sivarraajh turut mengulas gambar berkenaan.

“Ini tak apa sebab mereka kerajaan persekutuan.

Kejutan Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands


"Kalau kita bagi kenduri untuk jentera pun salah besar sampai lima tahun tak boleh mengundi," katanya.

Kemenangan Sivarraajh di kerusi Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini dibatalkan selepas Mahkamah Pilihan Raya mendapati berlaku pembelian undi dan seterusnya mengarahkan kerusi itu dikosongkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga menetapkan Sivarraajh hilang kelayakan bertanding dan mengundi selama lima tahun.

Sementara itu, tidak ketinggalan mengulas gambar berkenaan adalah Anggota Parlimen Umno Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang cuba berjenaka dan mengaitkannya dengan buah ikonik Cameron Highlands.

Kejutan Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands


"Brader tu minta kakak tu tukar duit kecil sebab nak beli strawberi Cameron Highlands. Husnudzon (Bersangka baik)," katanya.

Malaysiakini difahamkan DAP sedang bermesyuarat di Cameron Highlands berhubung isu berkenaan dan dijangka mengeluarkan kenyataan media.

Kejutan Pakatan Harapan Di PRK Cameron Highlands. Ketika dihubungi, pengurus kempen PH bagi PRk Cameron Highlands, Wong Kah Woh berjanji akan merespons isu berkenaan dalam masa terdekat. - malaysiakini



Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...