Wednesday, 9 January 2019

Ini Amaran Buat Penghina Yang Di Pertuan Agong

Ini Amaran Buat Penghina Yang Di Pertuan Agong. Kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap institusi diraja digantung tugas serta-merta.

TNB dalam kenyataan malam tadi berkata tindakan diambil selepas siasatan dalaman dijalankan.

Ini Amaran Buat Penghina Yang Di Pertuan Agong. “Sebagai syarikat yang mengutamakan nilai-nilai murni dan integriti tinggi, kami tidak berkompromi terhadap mana-mana kakitangan kami yang membuat kenyataan sebegini,” menurut kenyataan itu.

TNB juga menegaskan, kenyataan yang dibuat oleh kakitangan berkenaan di akaun media sosial adalah pendapat individu itu sendiri dan bercanggah dengan prinsip TNB.

Kakitangan berkenaan baru-baru ini mengundang kemarahan warga internet apabila dia bersama seorang lagi pemilik akaun didakwa menulis komen berbaur menghina institusi diraja dan peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ini Amaran Buat Penghina Yang Di Pertuan Agong


Sebelum ini, seorang pemilik akaun Facebook diselar warga internet berikutan komen jelek terhadap Sultan Muhammad V di media sosial yang tular, menyebabkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno membuat laporan polis dan mendesak polis bertindak tegas kepada pemilik akaun itu.

Individu itu menarik balik kenyataanya dan membuat permohonan maaf dalam akaun laman sosial. - free malaysia today



Iklan

Image
Image
Image
Image

Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...