Thursday, 31 January 2019

Ingatkan Papagomo Rupanya Bukan..

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali berkata kritikan pelantikannya sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersifat sentimen dan bukannya ingin menjaga kepentingan yayasan berkenaan.

"Saya rasa cemuhan itu semua itu bersifat sentimen dan bukan bersifat dasar dan bukan bersifat nak bincangkan soal polisi atau hala tuju bagaimana Yadim hendak bergerak ke hadapan.

"Khususnya macam satu (kritikan) yang ditimbulkan (Ketua Pemuda Umno) Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Masa mula-mula baca kritikan itu, saya ingat Papagomo punya kenyataan. Rupanya Asyraf Wajdi.

"Saya rasa saya pun tak akan meluangkan banyak masa untuk jawab tohmahan yang sifatnya terlalu kecil sebenarnya dan bukan perkara dasar untuk melihat Yadim ke depan," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat lantikan di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, pelantikan Sheikh Omar sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim mendapat kritikan beberapa pihak termasuk pemimpin pembangkang yang bimbang dengan latar belakang beliau sebagai ahli DAP.

Dalam kritikannya, Asyraf yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Yadim mendakwa DAP sebagai parti yang secara konsisten tidak mahu mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi dan mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

Bagaimanapun, menteri agama Dr Mujahid Yusof mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar.

Mengulas lanjut, Sheikh Omar berkata, menggunakan DAP untuk menakutkan orang ramai adalah naratif lama yang dibawa BN.

Sebaliknya, jelas Sheikh Omar, dengan pelantikannya dalam Yadim, skopnya untuk berdakwah lebih luas dan tidak terhad sebagai pemimpin DAP.

"Bukan sekadar (berdakwah) pada (ahli) DAP. Skop dakwah saya lebih luas apabila berada pada kedudukan ini (dalam Yadim).

"Cabaran utama adalah macam mana kita melihat naratif baru dalam dakwah di Malaysia, kerana selama ini sifat dakwah di Malaysia ini seperti kita melihat kita perlu mempertahankan diri kita semata-mata," katanya. - malaysiakini



Iklan


Image
Image
Image
Image
Image



3 comments:

  1. Wajdi si islam suci ni tak pernah bersuara membantah semasa najib merompak negara ini dan rosmah ghairah dok kumpul beg2 berjuta ringgit. Semuanya itu tak salah disisi Islam. Skrg dia meroyan sbb perlantikan ahli dap, walaupun org itu melayu islam yg cukup layak. Umno dan pas takkan reda selagi bukan ahli parti mrk yg dilantik, walaupun mrk bakal rasuah, mencuri atau menipu. Dan org melayu duduk bawah tempurung pun sokong mrk membabi buta.

    ReplyDelete
  2. Jadi berketuakan kafir kit siang dan guan eng adalah terbaik dari sudut aqidah. Aqidah adalah institusi tertinggi dlm Islam. Pelik juga bila berkata ttg dakwah tp berketuakan kapir.

    ReplyDelete
  3. Kita pn blm tentu mati dlm Islam

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...