Wednesday, 30 January 2019

Elok Netizen Yang Ekstrem Kena Tindakan Seperti Ini

Elok Netizen Yang Ekstrem Kena Tindakan Seperti Ini. Penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin kerana membuat ucapan kebencian melalui Twitter yang menghasut orang ramai supaya menyerang penyokong bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok.

The Jakarta Post melaporkan penyanyi kumpulan Dewa 19 itu didapati bersalah sengaja menghasut kebencian terhadap sekumpulan individu berdasarkan bangsa, etnik atau kelas.

Elok Netizen Yang Ekstrem Kena Tindakan Seperti Ini. “Mahkamah menjatuhi Ahmad Dhani hukuman penjara 1 tahun dan 6 bulan,” kata hakim Ratmoho ketika menyampaikan keputusan itu.

Semasa kempen pilihan raya gabenor pada 9 Mac 2017, Dhani membuat kiriman di Twitter yang berbunyi: “Sesiapa yang menyokong orang kafir adalah sampah dan patut diludah ke muka.”

Susulan itu, penyokong Ahok membuat laporan polis terhadap Dhani kerana didakwa menyebarkan ucapan benci.

Elok Netizen Yang Ekstrem Kena Tindakan Seperti Ini


Pada Oktober tahun lepas, Polis Jawa Timur menamakan Dhani sebagai suspek dalam kes ucapan kebencian selepas dia membuat vlog menggelarkan pesaing politiknya sebagai “idiots”. Bagaimanapun, dia belum berdepan perbicaraan kes itu.

Minggu lalu, Ahok dibebaskan selepas tamat menjalani hukuman penjara 2 tahun di Penjara Markas Komando Brigade Mobil.

Elok Netizen Yang Ekstrem Kena Tindakan Seperti Ini.  Ahok didapati bersalah dalam kes penistaan atau penghinaan terhadap agama Islam oleh mahkamah Indonesia pada 9 Mei 2017. - free malaysia today



Iklan

Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...