Monday, 7 January 2019

Cerita Disebalik Perletakan Jawatan Yang Di Pertuan Agong

Cerita Disebalik Perletakan Jawatan Yang Di Pertuan Agong. Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesedihannya susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Beliau berkata ini kerana tuankulah yang berkenan memberi pengampunan penuh kepada suaminya Anwar Ibrahim.

Namun beliau berkata kerajaan menghormati keputusan itu. "Kita menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

"Namun saya sedih kerana ketika kita (mula) memerintah, tuanku adalah Agong ketika perdana menteri (dan anggota kabinet) mengangkat sumpah ketika pertukaran kerajaan yang bersejarah.

Cerita Disebalik Perletakan Jawatan Yang Di Pertuan Agong


"Agong juga yang memberi pengampunan kepada suami saya," katanya kepada pemberita ketika program di Universiti Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur malam ini.

Peletakan jawatan Sultan Muhammad V diumumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Wan Ahmad Dahlan Abd Aziz menerusi kenyataan media Istana Negara petang tadi.


Ketika ditanya sama ada kerajaan tahu tentang perkara itu, Wan Azizah berkata mereka hanya dimaklumkan melalui kenyataan tersebut.

Sultan Muhammad V - Sultan Kelantan ke-29 - ditabal menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016, menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Kedah.

Cerita Disebalik Perletakan Jawatan Yang Di Pertuan Agong


Anwar sebelum ini menjalani hukuman penjara sehinggalah diberi pengampunan penuh oleh Sultan Muhammad V pada 16 Mei, seminggu selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU ke-14. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...