Thursday, 10 January 2019

Calon BN PRK Cameron Highlands

Calon BN PRK Cameron Highlands. BN sah akan meletakkan calon Orang Asli yang juga merupakan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, kata sumber kepada Malaysiakini.

Calon BN PRK Cameron Highlands. Menurut sumber, pemilihan Ramli mendapat persetujuan daripada semua komponen BN, termasuk MIC meskipun beliau bukan ahli Umno.

"MIC juga turut bersetuju untuk mempertaruhkan bekas pegawai polis itu," katanya.

Ramli adalah bendahari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Sumber itu juga memberitahu pemilihan Ramli dibuat kerana Umno mahu menarik sokongan masyarakat Orang Asli dan pengundi Melayu di Cameron Highlands.

Calon BN PRK Cameron Highlands


"Beliau yang berasal dari kaum orang Asli dan beragama Islam dilihat menjadi satu kelebihan untuk menarik sokongan pengundi orang Asli dan masyarakat Melayu.

"Apatah lagi undi orang Asli menjadi penentu," katanya.

Ramli merupakan penduduk tempatan dari suku Semai, yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen itu.

Selain Orang Asli, pengundi di Cameron Highlands terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 34 peratus, Cina 30 peratus, dan pengundi India sebanyak 15 peratus.

Sementara itu menurut sumber, MIC tidak akan meletakkan calon daripada parti itu kerana menghadapi masalah dana.

Calon BN PRK Cameron Highlands


Pada pilihan raya umum lalu, naib presiden MIC C Sivarraajh memenangi kerusi itu dalam pertandingan lima penjuru, mengatasi M Manogaran dari DAP dengan kelebihan kira-kira 600 undi.

November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan itu atas alasan berlaku amalan rasuah dan memutuskan pilihan raya perlu diadakan semula.

Pakatan Harapan telah menamakan Manogaran sebagai calon.

Semalam, Malaysiakini melaporkan MIC tidak akan bertanding di kerusi tradisionalnya itu dan menyerahkan kepada kepimpinan BN untuk menentukan calonnya. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...