Sunday, 20 January 2019

Berita Mengejutkan Dari PRK Cameron Highlands

Berita Mengejutkan Dari PRK Cameron Highlands. Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong mendakwa masih ada masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands yang merasakan negara masih diperintah kerajaan BN pimpinan Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika membangkitkan masalah komunikasi di perkampungan Orang Asli di kawasan parlimen itu.

Berita Mengejutkan Dari PRK Cameron Highlands. "Salah satu sebab tak mudah menang PRK ini adalah... Bila saya pergi ke satu Pos (kawasan Orang Asli), mereka beritahu ada orang yang tiada internet dan telefon (sehingga) mereka masih ingat Najib perdana menteri, BN masih kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) masih pembangkang.

"Ini keadaan yang kita hadapi. Tetapi kita akan cuba sedaya upaya, bantu kempen agar kita boleh menang PRK ini," katanya yang juga ketua biro pendidikan politik DAP.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis makan malam meraih dana di Kampung Raja, Cameron Highlands.

Turut hadir adalah beberapa pemimpin utama DAP antaranya Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Naib Presiden M Kulasegaran dan bekas ketua pemuda yang menjadi pengurus kempen PH Wong Kah Woh.

Berita Mengejutkan Dari PRK Cameron Highlands


Pengundi Orang Asli antara faktor penentu dalam PRK ini apabila golongan itu membentuk 22 peratus daripada 7,500 pengundi.

PH berdepan tugas berat untuk mendapat sokongan mereka apatah lagi calon BN, Ramli Mohd Nor merupakan Orang Asli daripada suku Semai, yang merupakan sebahagian besar daripada 22 peratus itu.

Lim dalam ucapannya pula sekali lagi membangkitkan kemenangan PH penting bagi memastikan pembangunan dilaksanakan di kawasan itu.

"Kalau kita nak pastikan Cameron Highlands ada pembangunan, pastikan kita boleh menang.

Berita Mengejutkan Dari PRK Cameron Highlands


"Ini kerana kerajaan (negeri) tak cukup wang (untuk bangunkan negeri)... Kerajaan persekutuan ada reserve (simpanan) untuk bangunkan Cameron Highlands secara keseluruhan," kata menteri kewangan itu lagi.

Majlis itu berjaya meraih dana berjumlah RM10,180. Sebanyak 68 meja dijual dengan jumlah kehadiran 600 orang. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...