Monday, 14 January 2019

Berita Memeranjatkan

Berita Memeranjatkan. Tragis dan mengerikan. Seorang lelaki terbunuh apabila bahagian kepalanya terkena bilah kipas helikopter sewaktu bekerja di lapangan terbang Barat Florida, Amerika Syarikat.

Pejabat Sheriff Hernando County berkata, mangsa, Salvatore Disi, 62, meninggal dunia pada Khamis berdekatan bangunan tempat menyimpan pesawat di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay.

Difahamkan, lapangan terbang itu terletak kira-kira 64 kilometer di utara Tampa.

Pihak berkuasa berkata, kejadian bermula apabila dua orang lelaki menggunakan pedati kuasa untuk menghidupkan sebuah helikopter di situ. Bagaimanapun, secara tiba-tiba helikopter tersebut tersentak dan kemudian turun dari tempantnya.

Berita Memeranjatkan


Menerusi kenyataan sheriff, gerakan helikopter itu menyebabkan bilah utamanya berputar dan terkena kepala Disi yang berada berhampiran menyebabkan lelaki itu maut serta-merta di tempat kejadian.

Tambah kenyataan itu lagi, kecederaan itu boleh dikelaskan sebagai dipenggal, lapor stesen televisyen Tampa Bay WFLA-Ch. 8.

Berita Memeranjatkan


Menurut Polis Hernando County, Sheriff Al Nienhuis, penyiasat tidak mengesyaki terdapat perbuatan khianat, tetapi siasatan penuh akan dijalankan bagi mencari punca sebenar insiden malang itu.




Iklan

Image
Image
Image
Image

Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...