Thursday, 13 December 2018

Umno Semakin Cemas

Umno Semakin Cemas. Wanita Umno melihat tindakan ramai pemimpin utama Umno Sabah meninggalkan parti itu hari ini sebagai petanda bahawa proses "pengislahan" wajar dipandang serius.

Menurut Dr Noraini Ahmad pemimpin Umno itu meninggalkan parti ketika ia sedang diuji - merujuk kepada status mereka menjadi pembangkang di peringkat pusat untuk kali pertama.

Umno Semakin Cemas. Menjelaskan kenyataannya itu Noraini berkata islah (reformasi) yang dimaksudkan ialah memastikan semua anggota Umno memiliki motivasi yang tinggi untuk berjuang demi kelangsungan parti.

"Apa yang berlaku di Sabah pada hari ini boleh diistilahkan sebagai wake up call (panggilan kejutan) bahawa motivasi semakin menipis di kalangan ahli dan punca berlakunya hal ini perlu segera dicari dan diatasi," katanya dalam satu kenyataan.

Siang tadi enam anggota parlimen, sembilan anggota dewan undangan negeri, dua senator dan 22 pemimpin parti di peringkat bahagian mengumumkan langkah meninggalkan Umno.

Antara mereka ialah pengesuri Umno Sabah sendiri Hajiji Noor, bekas menteri merangkap anggota Majlis Tertinggi Umno, Salleh Said Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.

Perkembangan itu menyaksikan anggota parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dilantik mengisi tempat ditinggalkan Hajiji.

Umno Semakin Cemas


Mahu presiden bercuti

Secara keseluruhan Sabah mempunyai 27 kerusi parlimen.

Menurut Noraini semua anggota Umno dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi perlu bermuhasabah diri dan melakukan perubahan holistik untuk mengukuhkan parti.

Bagaimanapun anggota parlimen Parit Sulong itu tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai proses pengislahan yang dimaksudkan.

Baca Ditanya keperluan bercuti, Zahid: Apa hak you tanya?

Untuk rekod pad 10 Dis lalu New Straits Times menyiarkan laporan mengenai kewujudan gerakan dalam kalangan anggota parlimen Umno untuk menyingkirkan presiden mereka Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Umno Semakin Cemas


Namun Malaysiakini melaporkan beberapa anggota parlimen menafikan mereka terbabit atau tahu-menahu rancangan tersebut.

Bekas timbalan perdana menteri itu - pada Okt lalu - menghadapi 45 tuduhan jenayah termasuk rasuah dan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM114 juta.

Umno Semakin Cemas. Sesetengah pihak berpendapat Ahmad Zahid wajar bercuti bagi mengelak Umno menerima kesan negatif daripada kes mahkamah berkenaan. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...