Thursday, 6 December 2018

Rasuah Dan Orang Melayu

Rasuah Dan Orang Melayu. Saya tidak tahu sama ada “memperasuahan” ialah satu perkataan dalam bahasa Melayu. Tetapi sama ada perkataan ini ada atau tidak, perbuatan memperasuahan memang kerap dilakukan dalam masyarakat manusia.

Maknanya ialah perbuatan menyemai sifat buruk itu dalam masyarakat sehingga menjadi sebahagian dari budayanya.

Rasuah Dan Orang Melayu. Masyarakat yang menerima budaya ini, tidak lagi berasa segan atau malu dengan pemberian dan penerimaan rasuah, yang kadang-kadang disebut sebagai “tumbuk rusuk” atau “makan suap”.

Rasuah tetap diamal oleh semua masyarakat manusia, tetapi biasanya masyarakat menganggap rasuah sebagai satu amalan yang keji dan buruk.

Mereka yang mengamalkan rasuah akan menyembunyi perbuatan mereka kerana sedar yang ianya suatu amalan yang salah disisi undang-undang dan agama juga.

Tetapi apabila masyarakat menerima amalan rasuah sebagai perkara biasa yang boleh diamal secara terbuka, maka tidak lagi ada perasaan segan silu apabila melakukannya, baik oleh pemberi atau penerima.

Rasuah Dan Orang Melayu


Pada zaman pemerintahan yang percaya cash is king atau “wang adalah raja” maka pemberian dan penerimaan rasuah menjadi satu dari nilai hidup dan budaya, terutama dalam kalangan orang Melayu.

Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati. Soal baik buruk sesuatu yang diberi atau diarah tidak termasuk dalam pertimbangan.

Percanggahan dengan undang-undang - bahkan berdosa dari segi agama - tidak diambil kira. Yang diutamakan ialah pendapatan yang memuaskan nafsu.

Masyarakat tahu, mereka tahu, sogokan dianggap sebagai perbuatan yang tidak baik dan dilarang.

Tetapi penerima tidak berfikir panjang. Baik, tidak baik; tetapi sogokan memuaskan nafsu dan dipercayai menguntungkan.

Rasuah Dan Orang Melayu


Oleh itu terima sahajalah. Kesan buruk terhadap masyarakat adalah perkara remeh dan gampang.

Sudah tentu perasaan kebangsaan dan kesan terhadap bangsa dan negara tidak lebih utama dari nafsu penerima rasuah. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...