Tuesday, 4 December 2018

Mufti Pulau Pinang Saran Batal Himpunan ICERD

Mufti Pulau Pinang Saran Batal Himpunan ICERD. Himpunan Kesyukuran Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang bakal diadakan pada 8 Disember ini dikhuatiri menjadi medan pihak-pihak tertentu menangguk di air yang keruh.

Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, mengambil kira ‘ketegangan’ baru-baru ini yang masih belum reda, himpunan itu tidak wajar diteruskan.

Mufti Pulau Pinang Saran Batal Himpunan ICERD. “Saya berpandangan tidak perlu diadakan, lebih-lebih lagi suasana agak tegang sekarang ini.

“Kita bimbang takut ada pihak-pihak yang berniat tidak baik, ambil kesempatan untuk menambahkan lagi ketegangan kaum dan (menyebabkan) terjadi perkara-perkara tak diingini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ketegangan yang dimaksudkan dipercayai merujuk kepada rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya yang tercetus pada awal pagi 26 November yang lalu.

Persepsi cari untung politik semata-mata

Wan Salim turut menjelaskan, ruang untuk menyatakan bantahan telah pun terbuka luas sebelum ini sehingga akhirnya pihak kerajaan akur untuk tidak meratifikasi Icerd.

Mufti Pulau Pinang Saran Batal Himpunan ICERD


Malah, katanya, beliau sendiri telah beberapa kali membuat kenyataan membantah ratifikasi Icerd tersebut.

“Kerajaan telah mengesahkan tidak akan meratifikasi Icerd. Jadi bagi saya tak perlu buat lagi (himpunan).

“Jika buat juga, kemungkinan akan timbul persepsi bahawa kita nak mencari keuntungan politik semata-mata,” katanya lagi.


Pada 28 November lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa himpunan yang pada asalnya bertujuan membantah Icerd itu kini menukar formatnya kepada himpunan berbentuk kesyukuran.

Katanya, rakyat daripada semua kaum yang cintakan kedamaian diundang menyertainya, malah beliau menjelaskan akan turut ada penyertaan daripada NGO bukan Islam pada himpunan itu.


Mufti Pulau Pinang Saran Batal Himpunan ICERD


“Himpunan ini kita harapkan meredakan isu (kaum), bukan menyemarakkan. Himpunan itu bukan himpunan kaum, ia himpunan polisi negara,” katanya.

Terdahulu hari ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur Nor Hisham Ahmad Dahlan memaklumkan DBKL hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja saja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan dari pukul 2 petang hingga 6 petang. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


4 comments:

  1. tuan mufti...bukan nak melawan tuan mufti...tapi kami dah keluarkan duit buat baju, banner, plakad, bayar sewa bas, tempah makanan, semua tu tak boleh refund...tak baik membazir, amalan syaitoon tu tuan mufti...jadi kami buat jugak la dengan bagi pelbagai alasan bodoh, sebab walaun kami bukannya bijak sangat...kalau buat perhimpunan dengan alasan yang taraf tinggi, media tanya para demonstran, tak terjawab nanti malu pulak...terpaksa la kami bagi alasan bodoh je...harapnya ramai la yang bangang datang...dah merayu kali kedua ni, esok lusa kami merayu la lagi...tuan mufti datang la sama, kami sedia tin milo besar punya, lagi besar dari kereta tuan mufti...datang ya...

    ReplyDelete
  2. Kami buat untuk mendesak supaya kabinet mengesahkan secara bertulis ICERD ini TIDAK akan diperkatakan lagi oleh DAP.Bukan masalah bodoh atau pandai...TAPI risau...puak2 DAP tu nak sangat di tanda tangan (diterima ).Lagi pun kita takut PH buat ppusingan U lagi...Manifesto apa macam...? Patut nya Mufti dan semua orang Islam sokong dan bersama...Mereka berani...kenapa kita kita takut...

    ReplyDelete
  3. Kat dalam ph tu tak ada orang Islam ke... yb Mat Sabu..n the gang tak diam diri membiarkan Islam dan melayu dihina.... pikir lah yang positif...

    ReplyDelete
  4. Mufti ni wajib join sekali. X join himpunan berdosa mufti.. Fardhu kifayah. Kalau bukan kita, siapa lagi..

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...