Tuesday, 11 December 2018

Mufti Kecam Pengkhianat Agama

Mufti Kecam Pengkhianat Agama. Pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof berhubung defisit RM4.1 bilion dialami Tabung Haji (TH) turut mendapat perhatian Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Melalaui hantaran di laman sosialnya mufti itu berkata kekuatan umat Islam tidak memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkannya.

Mufti Kecam Pengkhianat Agama. Sebaliknya kata Mohd Asri ia hanya perlu dilakukan pengkhianat yang memakai baju "pembela agama."

"Siapakah yang menganiayai umat sendiri? Siapakah pula yang bersekongkol dengan kezaliman sebegini?" tanya Mohd Asri melalui hantaran berkenaan.

Pagi tadi Mujahid melalui sidang media di parlimen mendedahkan TH melanggar dua syarat semasa membuat pembayaran hibah (dividen) sejak 2014.

Kata anggota parlimen Parit Buntar itu, sepatutnya sebelum hibah dibayar kedudukan aset TH tidak boleh kurang berbanding liabiliti ditanggungnya.

Mufti Kecam Pengkhianat Agama


Ia juga bergantung kepada kadar keuntungan yang diperolehi badan yang ditubuhkan khusus untuk membantu umat Islam mengerjakan haji itu.

Menurut Mujahid dapatan audit menunjukkan nilai keseluruhan aset TH ialah RM70.3 bilion manakala liabilitinya RM74.4 bilion.

Akaun yang diaudit itu berdasarkan laporan kewangan TH pada 31 Disember 2017. 

Mujahid juga berkata kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia untuk masa depan yang lebih terjamin.

Mohd Asri juga membangkitkan persoalan, siapakah pihak yang bersekongkol untuk membiarkan kezaliman pada TH itu berlangsung.

Mufti Kecam Pengkhianat Agama


"Kadangkala tidak perlu musuh luar untuk memusnahkan kekuatan kita, cukuplah dengan pengkhianat yang memakai baju pembela agama," katanya. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...