Tuesday, 25 December 2018

Kejutan Dari Sarawak

Kejutan Dari Sarawak. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata larangan merokok dikuatkuasakan terhadap semua negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata keputusan mewartakan larangan merokok itu terletak di tangan jemaah menteri, bukannya pihak berkuasa tempatan.

“Ya, Sarawak termasuk sekali dalam larangan merokok ini.

Kejutan Dari Sarawak. “Bidang kesihatan, ini bukan di bawah kuasa kerajaan tempatan, maksudnya larangan merokok itu di bawah kuasa jemaah menteri.

“Jadi dari segi penguatkuasaan juga bukan di bawah PBT. Penguatkuasaan di bawah pegawai kesihatan persekitaran di bawah Kementerian Kesihatan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Semalam kerajaan Sarawak berkata, larangan merokok yang dilaksanakan Putrajaya di restoran seluruh negara tidak terpakai di negeri itu, kecuali ia menerima dasar baru itu yang akan berkuat kuasa bulan depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Sim Kui Hian berkata Sarawak mempunyai autonomi ke atas perkara itu di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan.

“Sehingga kita menerima (larangan merokok), ia tidak terpakai (di Sarawak),” katanya dipetik Borneo Times.

Kejutan Dari Sarawak


Mengulas lanjut, Lee berkata kerajaan Sarawak hanya mempunyai kuasa dalam bidang tertentu membabitkan premis perniagaan, dan ia tidak termasuk penguatkuasaan larangan merokok seperti yang diputuskan jemaah menteri.

Beliau berkata, kementerian bagaimanapun akan mengadakan perjumpaan bersama kerajaan Sarawak bagi menjelaskan serta membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut pada Januari depan.

“Penguatkuasaan PBT di mana kerajaan Sarawak ada kuasa mungkin dari segi premis yang bersih, bagi lesen perniagaan restoran dan sebagainya. Tapi dari segi kawasan larangan merokok masih kuasa menteri.

“Kita akan bincang dengan exco Sarawak. Beliau juga seorang doktor, seorang kardiologi. Saya akan jumpa beliau pada Januari ini dan lihat apakah betul beliau berkata begitu.

Putrajaya mengumumkan larangan merokok, termasuk rokok elektronik (vape) dan shisha yang mengandungi nikotin di semua restoran tertutup, berhawa dingin atau warung berkonsep terbuka bermula 1 Januari ini.

Kejutan Dari Sarawak


Di bawah dasar baru itu, perokok hanya boleh merokok di kawasan yang jauhnya sekurang-kurangnya 10 kaki daripada mana-mana kedai makan.

Mereka yang ditahan merokok di kawasan larangan akan didenda RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun, manakala kedai makan yang gagal menguatkuasakan larangan itu akan didenda RM2,500. - free malaysia today





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...