Friday, 28 December 2018

Kejutan Dari PRK Cameron Highlands

Kejutan Dari PRK Cameron Highlands. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Naib Presiden MIC C Sivarraajh hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya dalam tempoh lima tahun, bermula 13 Disember 2018.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata, ia selepas mengambil kira keputusan Mahkamah Pilihan Raya 30 November lalu - yang membatalkan kemenangan Sivarraajh di kerusi itu pada PRU lalu - serta Akta Kesalahan Pilihan Raya.

"Sivarraajh dalam tempoh lima tahun, dari 13 Disember 2018, tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

Kejutan Dari PRK Cameron Highlands


"(Beliau juga) Tidak boleh dipilih dalam mana-mana pilihan raya," kata Azhar dalam kenyataan.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Sivarraajh selepas mendapat berlaku amalan rasuah yang membawa kepada kemenangan BN.

Kejutan Dari PRK Cameron Highlands


Sivarraajh mendapat 10, 307 undi untuk menewaskan calon DAP M Manogaran (9,710). Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud mendapat 3,587 dan calon PSM dan Berjasa hilang wang pertaruhan mereka. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...