Monday, 10 December 2018

ICERD, Peluang Tipu Umat Melayu?

ICERD, Peluang Tipu Umat Melayu? Ketika saya menulis ini, perhimpunan kesyukuran atas keputusan kerajaan untuk tidak mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) anjuran PAS dan Umno sedang berlangsung.

Perhimpunan ini pada asalnya adalah untuk membantah ratifikasi berhubung Icerd. Tetapi kini ditukar dan secara tidak langsung ia menggambarkan bahawa kumpulan ini bersetuju dengan keputusan kerajaan.

ICERD, Peluang Tipu Umat Melayu? Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa kerana membenarkan demonstrasi ini berjalan selaras dengan hak untuk berhimpun oleh mana-mana pihak.

Saya secara peribadi tidak menyokong kumpulan ini bukan kerana ia dianjurkan oleh parti politik PAS dan Umno, sebaliknya kerana saya merasakan perjuangan ini tidak membawa apa-apa erti kepada masyarakat khususnya orang Melayu dan Islam.

Jika benar dengan demo Icerd puak-puak ini mampu menumbangkan kerajaan, adakah bermakna masalah ekonomi dan salahguna kuasa BN Umno selama ini telah selesai? Adakah dengan demo ini masalah ekonomi kaum bumiputera Islam automatiknya selesai?

Sama ada kita mengiktiraf Icerd atau tidak, nasib bangsa ini belum lagi terjamin. Sebagai seorang ahli majlis mesyuarat kerajaan Johor yang memegang portfolio pembangunan keusahawanan contohnya, saya tidak melihat di sana ada jaminan bagi masyarakat dan usahawan Melayu Islam akan berjaya dalam perniagaannya, atau nilai mahupun saham syarikat Melayu Islam akan meningkat pasca perhimpunan ini. Jika kenyataan saya ini salah, tolong berikan hujah balas bagaimanakah caranya?

ICERD, Peluang Tipu Umat Melayu?


Apakah logik dan relevennya soalan saya ini?

Bangunkan ekonomi rakyat

Telah berpuluh tahun kita baik BN mahupun PH telah bercakap tentang masalah diskriminasi, ketirisan dan ketidakadilan dalam peluang ekonomi yang wujud khususnya di kalangan bumiputera.

Bukankah persoalan ekonomi bumiputera dan Islam ini harus dijawab dengan dasar dan mekanisme ekonomi yang lebih mantap dan berkesan?

Inilah perjuangan kita, untuk membantu meningkatkan keupayaan ekonomi rakyat hingga kita berupaya mengecilkan jumlah kumpulan B40 dan membolehkan suasana adil dan kondusif untuk aktiviti ekonomi dan sosial.

Majoriti kumpulan B40 ini ialah mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM 3000. Majoriti kumpulan B40 ini juga adalah Melayu Islam dan lain-lain kaum. Semua sudah tahu akan hal ini.

Dengan cara dan perjuangan ini sahaja - mengemukakan dasar dan mewujudkan mekanisme ekonomi yang mantap dan berkesan - masalah ekonomi rakyat dan masyarakat Melayu Islam akan dapat diselesaikan.

Maka, saya tidak nampak perhimpunan serta gembar- gembur mengenai Icerd ini relevan dalam rangka membangun ekonomi rakyat khususnya bumiputera dan Islam.

Kegagalan usahawan Bumiputera 

Kita wajar merasa bimbang dengan laporan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) tahun lalu yang memetik angka hanya 10.13 peratus daripada 5,797 usahawan sahaja berjaya menceburi bidang eksport.

Daripada lima (5) ribu usahawan bumiputera, hanya sepuluh (10) peratus yakni sekitar lima ratus (500) usahawan yang berjaya hingga ke tahap mampu mengeksport produk atau perkhidmatan mereka ke luar negara.

Adakah nisbah lima ratus usahawan berbanding jutaan umat Melayu di Malaysia ini tidak merisaukan pejuang Melayu dan Islam? Bagi bijak pandai PAS dan Umno, adakah mereka memahami maksud laporan ini?

Laporan ini menunjukkan bahawa usaha kerajaan BN sebelum ini menerusi pelbagai bantuan dan latihan yang selama ini diberikan untuk membantu usahawan Melayu agar menjadi lebih maju dan berdaya saing, sebenarnya jauh daripada mencapai tahap yang disasarkan.

ICERD, Peluang Tipu Umat Melayu?


Firma penasihat rangkaian usahawan, Soul Rich Woman (SRW) menyatakan bahawa hanya satu peratus usahawan wanita Malaysia berjaya memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa walaupun negara memiliki sejumlah besar usahawan terutamanya dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana, lebih-lebih lagi usahawan wanita di Kelantan.

Menurut bekas pemimpin politik yang memperjuangkan Melayu, Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM), kadar kegagalan usahawan Bumiputera dalam perniagaan masing-masing masih tinggi. Daripada 100 syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya 18 buah syarikat didapati berjaya dalam tempoh lima tahun ini.

Apakah maksud statistik ini? Adakah kerana kerajaan tidak cukup membantu usahawan wanita? Adakah nisbah ini menunjukkan bahawa kegagalan usahawan Melayu disebabkan oleh Umno dan Icerd atau kumpulan anti-Melayu dan Islam?

Perhimpunan Icerd  ini bagi saya tidak lebih sekadar himpunan berkaitan survival politik Umno dan PAS yang kini sedang nazak. Bahkan dari satu sudut lain, ia seolah-olah satu demonstrasi hibur-hiburan yang menunggang nama Melayu dan Islam demi kepentingan politik dan survival Umno yang ternyata telah merosakkan sistem ekonomi dan sosial di negara kita.

ICERD, Peluang Tipu Umat Melayu? Akhirnya, adakah kita sedar bahawa jalan untuk menguatkan kedudukan Bumiputera adalah dengan mengeluarkan kumpulan B40 untuk berpindah masuk ke dalam kumpulan M40 dengan jalan menjadi usahawan yang berjaya? Inilah cabaran besar kita, bukan Icerd, bukan Cina atau liberal. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...