Wednesday, 5 December 2018

Gempar Dari Dewan Rakyat

Gempar Dari Dewan Rakyat. Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini mengarahkan C Sivaraajh (BN-Cameron Highlands) meninggalkan persidangan hari ini.

“Jadi untuk sementara waktu sila tinggalkan majlis, dapatkan pendapat peguam, berikan kepada pejabat speaker.

“Ini perkara penting sebab saya tidak mahu perkara ini dijadikan sebagai suatu precedent untuk masa akan datang,” kata Ariff.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands, Pahang dan mengarahkan supaya pilihan raya diadakan semula.

Gempar Dari Dewan Rakyat


Hakim Azizah Nawawi berkata calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Sivaraajh yang juga adalah naib presiden MIC. - malaysiakini



Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...