Thursday, 27 December 2018

Berita Gembira Buat Rakyat?

Berita Gembira Buat Rakyat? Kabinet bersetuju membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara yang tolnya layak dinaikkan pada tahun 2019.

Ini adalah penambahbaikan kepada pengumuman Belanjawan 2019 yang membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar sahaja untuk tahun hadapan. 

“Pembekuan komprehensif ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk meringankan beban sara hidup yang dipikul oleh rakyat Malaysia,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Berita Gembira Buat Rakyat?


Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata pembekuan itu telah dipersetujui kabinet pada 12 Disember lalu.

Kerajaan menganggarkan pembekuan kadar itu akan melibatkan kos bayaran pampasan yang dianggarkan berjumlah RM972.75 Juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Lim juga menyenaraikan kadar kos tol semasa bagi kenderaan kelas 1 dan kadar tol 2019 berdasarkan perjanjian konsesi.

Berita Gembira Buat Rakyat?


Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), kadar tol semasa ialah RM13.60 perkilometer. Menurut perjanjian konsesi ia sepatutnya dinaikkan kepada 14.99 perkilometer. - free malaysia today





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

2 comments:

  1. JANJI nak hapus tol bukan BEKU tol naik..


    Hahahaha sukeny akuuu

    ReplyDelete
  2. Abu Bakorrrr, bila janji itu dibuat? Siapa penjanjinya? Dalam dokumen apa janji itu? Cuba cerita sedikit?

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...