Saturday, 17 November 2018

Soalan Bocor SPM Lagi?

Soalan Bocor SPM Lagi? Berita tentang kebocoran kertas Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Cina bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 adalah tidak benar, kata Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan hari ini.

Menurut LP dalam satu kenyataan hari ini, sehubungan itu, tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula peperiksaan bagi kertas berkenaan.

Soalan Bocor SPM Lagi? Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan berkaitan aduan yang diterima.

Ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai perkara ini memandangkan peperiksaan itu telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan oleh LP dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan juga memohon semua pihak agar lebih prihatin, berhati-hati dan tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak tepat kerana dikhuatiri akan mengganggu emosi dan fokus calon serta ibu bapa.

Soalan Bocor SPM Lagi?


Peperiksaan SPM 2018 dilaksanakan mulai 13 Nov sehingga 13 Dis tahun ini namun terdapat khabar angin yang tular menyatakan bahawa kertas peperiksaan tersebut telah bocor dan calon dikehendaki menduduki semula kertas tersebut pada tarikh lain yang telah ditetapkan. - malaysiakini






Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. Good post, well written. Many thanks. I will be back soon to check out for updates. Cheers

    dewa poker

    poker88

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...