Saturday, 10 November 2018

Rahsia Copywriting Bisnes Online

Rahsia Copywriting Bisnes Online. Anda biasa dengar orang kata 'first impression'? First impression ialah benda pertama yang anda lihat, anda dengar, anda rasa dan anda baca. First impression boleh menentukan samada anda hidup atau mati.

Begitu juga dalam penulisan iklan dan surat jualan. Jika first impressionnya tidak menarik, 'boring' dan tidak relevan tentu orang tidak akan membacanya.


Rahsia Copywriting Bisnes Online. Jika first impression menjanjikan faedah, ada sesuatu benda baru yang relevan kepada pembaca - maka first impression akan memenangi hati pembaca. Ia permulaan yang berbaloi dalam memujuk pembeli membeli produk anda.

Realitinya, apa itu 'first impression'?

Tulisan iklan - tajuk dan bagi brochure ialah kulitnya

Radio dan TV - beberapa saat pertama orang mendengar dan menonton

Siaran akbar - paragraph utama atau pertama

Pembentangan powerpoint - 2-3 slide yang pertama

Laman web - muka depan laman web dan satu dua muka surat berikutnya

Email marketing - apa yang ditulis 'From' dan 'Subject'


Rahsia Copywriting Bisnes Online


Jadi, walau macam mana hebat pun tulisan anda atau begitu berkesannya produk anda - tapi jika tajuk iklan anda gagal menarik perhatian pembeli, maka jualan anda akan gagal. Jadi anda tidak perlu menulis iklan yang berbunga-bunga bagi menarik perhatian pembeli.

4 Fungsi Tajuk

1. Tarik perhatian

2. Memilih pembaca

3. Menyampaikan mesej

4. Menarik pembaca supaya membaca terus tulisan

1. Menarik Perhatian (Get Attention)

Satu daripada cara bagi menarik perhatian pembaca ialah pemakluman mengenai "berita", contohnya:

Baru
Penemuan (discover)
Memperkenalkan
Sekarang (Now)
Akhirnya (at last)
Baru Sampai (just arrived)
Ungkapan "PERCUMA" (free) adalah antara perkataan-perkataan yang kerap digunakan dalam tajuk untuk menarik perhatian pembaca.

Lain-lain ungkapan atau perkataan yang dimasukkan dalam tajuk bagi menarik perhatian pembaca ialah:
Bagaimana
Mengapa
Jualan (sale)
Jimat
Mudah
Stok penghabisan
Peluang terakhir
Gerenti
Terbukti.

Rahsia Copywriting Bisnes Online


Tajuk yang menawarkan maklumat berguna juga dapat menarik perhatian pembaca. Antaranya:
"Laporan percuma...sila download disini...

Bagaimana membuat laksam Johor...

Cara menangkap lipas semasa anda tidur...

Elakkan membuat tajuk iklan yang menarik tetapi ia tidak menjanjikan faedah dan akhirnya tanpa jualan.

2. Memilih Pelanggan (Select the Audience)

Jika sekiranya sesuatu iklan untuk kumpulan tertentu, dinasehatkan tajuk iklan ditulis untuk dibaca oleh kumpulan itu sahaja. Ini boleh menjimatkan masa dan tidak perlu melayan soalan yang tidak relevan.

Contohnya, iklan perumahan untuk pegawai kerajaan sahaja, ia boleh ditulis "Peluang memiliki rumah untuk pegawai-pegawai Kerajaan sahaja"

Contoh lain, "Pemeriksaan mata percuma bagi mereka yang berumur 50 tahun ke atas"

3. Menyampaikan Mesej Sepenuhnya (Delivering A Complete Message)

Ada kajian menunjukkan 4 daripada 5 pembaca akan membaca tajuk dan tidak membaca kandungan seterusnya. Ini bermakna tajuk iklan mesti lengkap bagi menyampaikan keseluruhan mesej iklan menjual kepada 80% pembaca.

Contoh: "Aircond ABC dapat menjimatkan 50% bil letrik "

Contoh: "Anda boleh mendapat 50% komisyen dengan menjual ebook Rahsia Pemikat Jualan"

4. Menarik Pembaca Supaya Membaca Isi Kandungan Laporan

Setengah produk yang dijual memerlukan pembaca membaca detailnya. Jadi tajuk iklan mestilah menarik supaya pembaca teruja membacanya.

Contoh: "400 Kesalahan Dalam Solat"

Contoh: "25 Tip Bisnes Internet"

Kesimpulan

1. Bila buat copywriting iklan atau surat jualan tolong buat tajuk yang dapat mencuri mata pembaca. Jika pembaca tidak tertarik dengan tajuk, saya anggap anda telah gagal dalam membuat iklan dan surat jualan.

2. Bila buat copywriting iklan biar ikhlas dan pentingkan faedah barangan kepada pembeli. Tajuk yang menarik tetapi produknya tidak memberi faedah kepada pembeli boleh dianggap menipu dan ia merugikan penulis juga.

3. Bila kita membuat iklan atau surat jualan, tajuk ada empat fungsi:

Tajuk mesti mempunyai perkataan yang dapat menarik mata pembaca - get attention

Tajuk juga untuk memilih pelanggan yang tertentu sahaja - select the audience

Tajuk yang membolehkan majoriti pembeli boleh membuat keputusan sertamerta - delivering a complete message

Tajuk yang mahukan pembaca membaca detailnya - drawing the reader into the body copy.




Untuk keterangan lanjut Rahsia Copywriting Bisnes Online sila klik https://copywritingbisnes.blogspot.com/.

Klik link ini untuk whatsapp http://wasap.my/60133661242/..






No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...