Tuesday, 27 November 2018

Polis Beri Jaminan Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman

Polis Beri Jaminan Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman. Polis memberi jaminan kepada kerajaan Selangor untuk melakukan siasatan rapi berhubung kekecohan yang berlaku di kawasan kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya awal pagi tadi.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata beliau menghubungi ketua Polis Selangor Mazlan Mansor dan sudah diberikan jaminan bahawa siasatan itu akan dilakukan secara menyeluruh.

Polis Beri Jaminan Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman. Katanya tindakan sewajarnya akan diambil selepas ia diselesaikan.

"Saya mengecam sebarang tindakan biadab dan melampaui batas undang-undang sekali gus mencetuskan keresahan penduduk setempat dan rakyat Selangor.

"Semua pihak perlu bertenang serta tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat perkauman, kebencian dan menghasut.

"Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang anasir yang mahu menggugat ketenteraman dan keamanan yang dinikmati rakyat negeri ini," katanya.

Sementara itu Anggota Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata isu berkenaan boleh ditangani secara baik dan mengikut peraturan negara.

"Dengan kebijaksanaan semua pihak saya yakin perkara ini boleh diselesaikan melalui meja rundingan dengan mengambil langkah terbaik bagi kepentingan semua pihak," katanya yang juga menteri pertahanan.

Tak boleh diterima

Polis Beri Jaminan Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman


Kata Mohamad beliau dimaklumkan ketegangan itu tiada kaitan sama sekali dengan isu perkauman dan agama.

"Semua pihak perlu bertenang dan bersabar serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat terhadap apa yang berlaku sehingga boleh mewujudkan keresahan di kalangan masyarakat.

"Saya yakin pihak keselamatan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan keamanan sentiasa dipelihara," katanya.

Naib Presiden Amanah Dr Mujahid Yusof pula menegaskan Islam mengajar penganutnya untuk mengamalkan sikap saling menghormati dan memelihara kemuliaan tempat ibadat semua agama.

"Justeru, kalau benar telah berlaku pencerobohan rumah ibadat, tindakan pihak yang menceroboh atau merosakan rumah ibadat sehingga membahayakan individu di sekitarnya sama sekali tidak boleh diterima," katanya.

Mujahid yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sebarang tindakan yang mencetuskan provokasi daripada mana-mana pihak perlu dihentikan serta-merta.

"Mana-mana pihak yang enggan menghormati undang-undang negara wajar dikenakan tindakan tegas, tidak kira siapa mereka," katanya.

Bekas perdana menteri Najib Razak pula berkata tiada perkataan dapat menggambarkan kekecewaan dan kesedihan beliau atas apa yang berlaku sekarang.

Polis Beri Jaminan Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman


"Anggota pasukan penyelamat perlu diberi penuh penghormatan dan kerjasama oleh semua pihak dan tidak patut dihalang dari menjalankan tugas mereka.

"Saya doakan anggota bomba yang cedera, Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital segera sembuh dan pulih seperti sediakala.

Saya mohon kita semua doakan yang sama untuk Muhammad Adib," katanya.

Najib yang juga anggota parlimen Pekan menambah semua pihak perlu bertenang dan jangan sesekali meragut keharmonian yang dikecapi rakyat negara ini. - malaysiakini






Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...