Wednesday, 14 November 2018

PKR Makin Huru Hara?

PKR Makin Huru Hara? Seorang calon pemilihan PKR hari ini mendakwa kira-kira 11,422 undi dalam pemilihan timbalan presiden antara Rafizi Ramli menentang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hilang.

Calon ketua Pemuda, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, yang termasuk dalam senarai pasukan Rafizi mendakwa undi daripada 40 bahagian parti hilang dengan bilangan terbanyak di Kota Belut, Kota Marudu dan Sepanggar di Sabah.

PKR Makin Huru Hara? “Ini seolah-olah ada keputusan yang dipadamkan secara sistematik dan terpilih,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kehilangan tertinggi dikesan dalam pemilihan di Kota Marudu iaitu sebanyak 27.27%, diikuti Sepanggar (23.25%), Tawau (17.99%), Tuaran (19.55%), Beluran (21.33%), Kimanis (24.63%) dan Kota Belud (29.38%)

“Masalah itu dilihat sistematik dan terancang. Apa yang berlaku ini luar biasa. Bahagian yang kena hanya pada satu pihak,” katanya.

Akmal menggesa biro politik PKR yang akan bermesyuarat malam ini membuat satu ketetapan dengan mengambil kira pendedahan itu.

PKR Makin Huru Hara?


“Dari segi keputusan itu kita akan terima seadanya. Cuma pandangan kami biar berlaku adil. Tujuan kami supaya perkara ini diletakkan sebagai fakta dan biar mereka buat keputusan,” katanya.

Terdahulu, Rafizi kecewa dengan parti untuk tidak mengadakan pemilihan semula di Julau, Sarawak.

PKR Makin Huru Hara? Beliau berkata kenyataan jawatankuasa pemilihan pusat (JPP) yang berkata kejadian tablet dicerobohi dan sistem e-undi digodam di Julau tidak mempunyai kesan kepada kewibawaan data adalah tidak masuk akal. - free malaysia today





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


5 comments:

  1. WAJIB diadakan pemilihan semula untuk semua jawatan yang dipertandingkan. Sistem pemilihan dilihat tidak telus dan adil sebagaimana nama parti keadilan itu sendiri. Masalah jammer, sistem e voting perlu disiasat, dakwah salah guna jentera kerajaan juga perlu disiasat SPRM. Badan pengurusan pemilihan PKR perlu belajar dari SPR yang dahulu bagaimana untuk mengendalikan pemilihan supaya ianya telus adil dan berintegriti.

    ReplyDelete
  2. Bukan adakan pemilihan semula. Buang masa je. Yang perlu dilakukan adalah supaya jumlah undi dikira semula, kemudian dikira sekali lagi, dan dikira berkali kali sehingga rafizi menang. Itu sahaja caranya. Kalau buat pemilihan sekali lagi bukan sahaja merugikan dan membazir, tetapi pihak istana di segambut tak dapat gerenti yang rafizi akan menang.

    ReplyDelete
  3. "dan dikira berkali kali sehingga Rafizi menang"?

    Wallabegukgedapuk

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Anon 11:31, berkomentarlah dengan bijaksana dan besar jiwa. Cuba perhatikan sikap besar jiwa dan kematangan Anon 9:59. Perkara ini perlu diberi perhatian supaya PKR tidak dianggap sebagai tidak telus. Ingat bahawa PKR parti terbesar dalam PH. Kalau PKR mengabaikan aduan sedemikian, macam mana rakyat mahu menghormati PKR? Kita jangan lihat hanya dalam konteks pertembungan Azmin dengan Rafizi ahaja. Lihatlah dalam konteks yang lebih besar. Takkanlah saudara tidak faham kalau saudara benar-benar penyokong PKR/PH, tapi KALAU saudara penyokong parti lain yang hanya mahu menumpang ruang untuk menimbulkan masalah, memang wajarlah saudara berkomentar sedemikian.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...