Sunday, 11 November 2018

Petanda Umno Akan Masuk Muzium

Petanda Umno Akan Masuk Muzium. Bekas perdana menteri Najib Razak, dua menteri, dan seorang bekas timbalan menteri, selain tiga yang lain dilaporkan akan berdepan pertuduhan dalam masa terdekat.

Berita Harian melaporkan Najib, bekas pegawainya, dan seorang bekas menteri akan berdepan dakwaan berhubung projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi sekolah di Sarawak.

Petanda Umno Akan Masuk Muzium. Jun lalu, Malaysiakini melaporkan Najib didakwa memberi arahan kepada Kementerian Pendidikan pada 2007 untuk melantik secara langsung sebuah syarikat bagi projek hibrid solar bagi membekalkan elektrik kepada 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Pegawai khas kepada Najib dan bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid sebelum ini disoal siasat oleh SPRM berhubung kes berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi bekas menteri dijangka disoal siasat berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Petanda Umno Akan Masuk Muzium


Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor pada bulan lalu mendedahkan bahawa beliau disoal siasat SPRM sebanyak 12 kali berhubung siasatan penjualan tanah DBKL.

Bagi individu bekas timbalan menteri pula, dakwaan ke atasnya dijangka berhubung dakwaan penyelewengan RM25 juta dana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Seorang anggota parlimen juga sebelum ini didakwa akan berdepan dakwaan mengaut keuntungan berjuta ringgit dengan mengambil komisen dari projek kerajaan BN.


Petanda Umno Akan Masuk Muzium


Sementara itu, New Straits Times semalam melaporkan, bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad juga dijangka berdepan dakwaan menyalahgunakan kuasa ketika menerajui syarikat berkaitan kerajaan itu. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...