Friday, 16 November 2018

Pendedahan Mengejutkan Menteri Kerja Raya

Pendedahan Mengejutkan Menteri Kerja Raya. Sejak 1990 hingga 2017, syarikat konsesi lebuh raya menerima kutipan tol sebanyak RM74.654 bilion, ia 2 kali ganda lebih tinggi berbanding kos pembinaan bagi 29 lebuhraya bertol, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Baru berkata, ketika ini terdapat 29 lebuh raya bertol yang masih beroperasi sehingga tamat tempoh konsesi dengan jumlah kos pembinaannya sebanyak RM35.14 bilion dan RM2.5 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk kos operasi dan penyelenggaraan.

Pendedahan Mengejutkan Menteri Kerja Raya. “Kos purata bagi perbelanjaan operasi dan penyelenggaran untuk semua 29 lebuhraya yang masih beroperasi adalah sebanyak RM1.7 bilion setahun (kos operasi), RM402 juta setahun (penyelenggaraan rutin) dan RM459 juta setahun (penyelenggaraan berkala dan naik taraf lebuh raya).

“Jumlah pampasan yang dibayar dari 1990 hingga 2017 adalah sebanyak RM5.109 bilion,” katanya menjawab soalan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) yang memintanya menyatakan kos pembinaan dan kos penyelenggaraan bagi setiap lebuh raya yang mengutip tol, pendapatan melalui tol dan pampasan dibayar kerajaan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Baru berkata, bagi tarikh tamat tempoh konsesi lebuh raya, terdapat 2 lebuh raya yang dijadualkan tamat dalam tempoh 10 tahun, 16 lebuh raya dijadualkan tamat dalam tempoh 11 hingga 20 tahun dan 11 lebuh raya dijadualkan melebihi 20 tahun.

Pendedahan Mengejutkan Menteri Kerja Raya


“Pada tahap ini kementerian sudah diberikan tempoh selama 6 bulan untuk selesaikan dan berunding dengan pihak pemegang taruh. Mereka faham mengenai hala tuju PH bahkan mereka juga terbuka. Kita akan kembali kepada jemaah menteri selepas 6 bulan dan akan kemukakan beberapa cadangan diterima dalam rundingan yang berjalan sekarang.

“Mereka faham dan kita teliti kalau ada ruang dalam perjanjian di mana kita akan kaji semula perjanjian-perjanjian itu semula. Kita akan bertindak sewajarnya,” katanya menjawab pertanyaan Akmal adakah syarikat konsesi memahami hasrat kerajaan PH untuk memansuhkan tol.

Pada sesi Dewan Rakyat terdahulu, Baru berkata kerajaan setuju menangguhkan cadangan menghapuskan tol sehingga keadaan ekonomi stabil. Menurutnya, penangguhan itu dipersetujui selepas kerajaan menimbangkan kesan pemansuhan terhadap kedudukan kewangan negara.


Pendedahan Mengejutkan Menteri Kerja Raya


Jelas Baru, pemansuhan tol di negara akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM400 bilion kepada syarikat konsesi tol. -  free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


6 comments:

  1. pasal konsesi tol tu sila tanya atok ye.. dia tau semua itupun kalau dia x nyanyuk tiba2 lah...

    ReplyDelete
  2. Alahai Bian Baru, asik2 terkejut sahaja? Mana idea2 bernas anda? Dah 6 bulan sebesar taik hidung pun kami tak nampak? Potong saja la gaji anda yang RM2,000-3,000 SEHARI TU? Sekarang ni Penoreh2 getah nak dapat RM700 SEBULAN pun belum tentu!

    ReplyDelete
  3. lumrah hidup...ada kaya ada miskin ada doktor ada engineer ada petani ada nelayan...tak abis pikir nasib penoreh getah...pekerja buruh pekerja kilang pemandu bas pemandu teksi...pun susah juga...bersyukur lah dan usaha pasti berjaya.

    ReplyDelete
  4. Pasal Atuk nyanyuk lah Umno lingkup. Power gila Atuk tu ye....

    ReplyDelete
  5. Masalah nya Atuk tu takut dengan Limkitsiangmalam tu...Fahammm....Melayu dengan Melayu beranu...Dengan cina..Atuk takut...

    ReplyDelete
  6. Good post, well written. Many thanks. I will be back soon to check out for updates. Cheers

    dewa poker

    poker88

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...