Friday, 23 November 2018

Pendakwa AS Bongkar Skandal 1MDB

Pendakwa AS Bongkar Skandal 1MDB. Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Goldman Sachs Group, Lloyd Blankfein secara peribadi bertemu dengan ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low) di ibu pejabat syarikat itu di Lower Manhattan pada Disember 2012, lapor The New York Times (NYT) hari ini.

Laporan eksklusif akhbar itu memetik sumber berkata demikian pada saat bank itu mengatakan skandal 1MDB hanya melibatkan segelintir kakitangan yang menjadi 'penyangak' sahaja.

Pendakwa AS Bongkar Skandal 1MDB. Pendakwa AS meneliti pertemuan 2012 antara kedua-dua lelaki itu kerana skop siasatan jenayah terhadap bank itu semakin meluas, kata laporan itu.

"Pertemuan 2012 di ibu pejabat Goldman, yang berlangsung pada pertengahan Disember, sekurang-kurangnya dua kali Blankfein berada di dalam bilik bersama Low, tetapi itu satu-satunya masa pembiaya kewangan dari Malaysia itu dapat bertemu secara peribadi dengan ketua eksekutif Goldman.

"Jurucakap Goldman, Jake Siewert, mengatakan bahawa Blankfein mengadakan pertemuan dengan Low pada 14 Disember 2012, tetapi ia turut dihadiri oleh Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny yang menguruskan dana pelaburan Abu Dhabi, Aabar," kata laporan NYT.

Blankfein bertemu Najib Razak

Sebelum ini Blankfein dilaporkan telah secara peribadi membantu menjalinkan hubungan dengan Malaysia dan 1MDB, selama bertahun-tahun sebelum Goldman Sachs mengatur perjanjian bonnya.

Blankfein juga dilaporkan menghadiri pertemuan pada 2009 dengan bekas perdana menteri Najib Razak yang pada akhirnya meletakkan asas hubungan antara Goldman Sachs dan 1MDB.

NYT melaporkan kakitangan bahagian pematuhan peraturan korporat Goldman telah berulang kali menolak usaha Low untuk menjadi pelanggan mereka sejak tahun 2009 kerana tidak jelas bagaimana beliau mengumpulkan kekayaannya.

Walau bagaimanapun, apabila pembantu Blankfein mencari maklumat mengenai Low sebelum mesyuarat Disember 2012, seorang pegawai kanan pelaburan bank itu di Asia memuji Low tetapi tidak menimbulkan mengenai kebimbangan bahagian pematuhan syarikat itu.

Pendakwa AS Bongkar Skandal 1MDB


Hal ini diberitahu seseorang yang telah menyemak e-mel dalaman Goldman dalam mesyuarat itu kepada NYT.

Pembantu Blankfein turut merujuk kepada bekas pengurus bank Goldman, Tim Leissner, yang sejak itu dituduh terlibat dalam 1MDB, untuk menilai jika Low benar-benar layak hadir satu temujanji peribadi dengan ketua eksekutif bank itu.

"Leissner memberi jaminan mengenai Jho Low. Beberapa hari kemudian, Blankfein dan Low bertemu serta membincangkan peluang-peluang pelaburan di Asia Tenggara, menurut dua orang (sumber) yang akrab dengan pertemuan itu. 

"Dana 1MDB tidak ada dalam agenda dan tidak ada petunjuk bahawa mereka bercakap mengenai jualan bon ketiga," lapor NYT lagi.

Putrajaya kini sedang mendapatkan bayaran balik penuh sebanyak AS$ 588 juta yuran yang dibayar kepada Goldman untuk mengatur tawaran pengeluaran bon bernilai berbilion ringgit untuk 1MDB.

Menurut laporan itu lagi, David C Ryan, yang merupakan ketua Leissner di Asia, menyuarakan keprihatinan mengenai perjanjian bank itu dengan 1MDB tetapi tidak diendahkan.

Laporan NYT juga berkata keprihatinan Ryan diperiksa oleh dua jawatankuasa dalaman Goldman yang tugasnya memastikan bank tersebut tidak terlibat dengan urus niaga yang boleh merugikan pelanggan atau menjejaskan bank itu dan reputasinya.

Pendakwa AS Bongkar Skandal 1MDB


Kedua-dua jawatankuasa dalaman bank itu setuju dengan transaksi 1MDB, dilaporkan berharap ia dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada Goldman di Malaysia.

Jualan bon ketiga diteruskan pada tahun 2013 walaupun mendapat bantahan Ryan beberapa minggu selepas Najib dipilih semula pada pilihan raya umum ke-13.

Ryan berhenti daripada bank pada tahun 2014 kerana kecewa dengan hal ini.

Pada 1 November lalu, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat mengenakan pelbagai pertuduhan jenayah berkaitan 1MDB terhadap Low (tanpa kehadirannya), Leissner, dan kakitangan ketiga bank Goldman, seorang rakyat Malaysia Roger Ng.

Tiada jawatan rasmi dalam kerajaan, 1MDB

Pertuduhan itu menyatakan dakwaan bersubahat untuk mengubah berbilion dolar dari dana kekayaan negara dan bersekongkol untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika (FCPA).

Low tetap mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi di dalam syarikat 1MDB atau pun pernah digajikan oleh kerajaan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Goldman, David Solomon, juga telah berusaha menjauhkan firma tersebut daripada dikaitkan terlibat dengan skandal itu.

Solomon memberitahu kakitangannya yang terjejas dengan laporan yang melibatkan bank itu dalam skandal 1MDB berkata: "Ini bukan kita."

Pendakwa AS Bongkar Skandal 1MDB. Terdahulu hari ini, dilaporkan International Petroleum Investment Co (IPIC) di Abu Dhabi telah memfailkan saman terhadap Goldman dan pihak lain untuk menuntut semula ganti akibat kerugian yang mereka alami melalui urus niaga IPIC dengan 1MDB. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...