Monday, 26 November 2018

Pemimpin Umno Terkancing Gigi..

Pemimpin Umno Terkancing Gigi. Tiga pemimpin Umno enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengaku kerajaan pimpinannya ditipu ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Ketika ditanya FMT, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung kenyataan Najib itu.

Pemimpin Umno Terkancing Gigi.  “Saya tak baca lagi, saya tak nak komen apa-apa. Tetapi Datuk Seri Najib sudah beri penjelasan, saya rasa pakai itu sahaja,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.

Hari ini, Najib mengaku kerajaan pimpinannya ditipu Jho Low yang didakwa merupakan perancang skandal 1MDB.

Ketika ditanya Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Karangkraf, Datuk Abdul Jalil Ali, apakah kerajaan ditipu oleh Jho Low, Najib mengakui perkara itu.

“Ya, kalau begitu, itulah kesimpulannya (kita ditipu), kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini. Itu sebenarnya,” katanya.

Pemimpin Umno Terkancing Gigi


Beliau berkata, hubungannya dengan Jho Low hanyalah atas dasar profesional semata-mata untuk meningkatkan ekonomi negara.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar berkata beliau enggan mengulas mengenai kenyataan Najib kerana tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara itu.

“Saya tak boleh nak komen. Ini luar bidang saya. Saya tak tahu, dia (Najib) yang tahu. Saya ingat biar Najib yang buat (kenyataan),” katanya.

Pemimpin Umno Terkancing Gigi


Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pula enggan mengulas kenyataan Najib itu dan berkata tidak mengenali Jho Low.

“Saya tidak kenal Jho Low,” katanya ringkas di lobi Parlimen. - free malaysia today





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...