Saturday, 1 December 2018

PAS Tak Mahu Mohon Maaf Secara Terbuka

PAS Tak Mahu Mohon Maaf Secara Terbuka. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan pengeluaran surat pekeliling menarik balik larangan memasuki pejabat kerajaan negeri ke atas beberapa individu termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa sudah dianggap sebagai satu permohonanan maaf daripada kerajaan negeri.

Ahmad berkata permintaan Husam untuk kerajaan negeri memohon maaf secara terbuka sebenarnya sudah jelas terjawab dengan keluarnya surat pekeliling itu.

PAS Tak Mahu Mohon Maaf Secara Terbuka. "Kemaafan sifat yang baik, kita sebagai kerajaan Islam kena minta maaf supaya dapat laksana urusan pentadbiran dengan baik. Saya boleh sahkan memang kita dah keluarkan surat itu melaui setiausaha kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertunjukkan Kuda Kebangsaan di Royal Kelantan Endurance Stables, Gunong, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Ekuin Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Datuk Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Husam dan beberapa individu termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah dikenakan sekatan memasuki pejabat kerajaan negeri dan Kompleks Darul Naim sejak Mei lalu bagaimanapun 21 Nov lepas larangan tersebut telah ditarik balik.

PAS Tak Mahu Mohon Maaf Secara Terbuka


Dalam satu kenyataan semalam Husam meminta kerajaan negeri membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu selain menuntut bayaran ganti rugi atas aib yang ditimpakan kepada semua pihak yang disekat.

Ahmad bagaimana pun tidak mengulas berhubung tuntutan bayaran ganti rugi seperti yang diminta Husam itu.

Dalam pada itu Ahmad berkata kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan pertubuhan berkaitan sukan berkuda bagi membina trek lumba kuda di negeri ini.

Katanya, ini kerana aktiviti sukan berkuda mempunyai potensi untuk dikembangkan dengan penyertaan dari kalangan orang muda setiap hujung minggu.

PAS Tak Mahu Mohon Maaf Secara Terbuka


Pertunjukan Kuda Kebangsaan anjuran Majlis Ekuin Malaysia itu julung kali diadakan di Kelantan membabitkan beberapa kategori pertandingan termasuk "dressage", "show jumping", "endurance", "pony race" dan pertandingan juru ladam. - bernama




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


3 comments:

  1. Tak mau minta maaf secara terbuka..mintalah maaf secara tertutup.... janji berjiwa besar.

    ReplyDelete
  2. Tak rugi pun meminta maaf secara terbuka terhadap salah laku yang dilakukan. Islam mengajar sikap keterbukaan.

    ReplyDelete
  3. hj hadi kt jgn.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...