Monday, 12 November 2018

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini. Veteran tentera, Mohd Ali Baharom, lebih dikenali sebagai Ali Tinju, dilaporkan memohon menyertai Bersatu dan mengaku menjadi penyokong Dr Mahathir Mohamad.

Ali terkenal dengan demontrasi membantah kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih dan perhimpunan antirasuah Tangkap MO1. Dia juga diingati ramai kerana melakukan protes 'senaman punggung' pada 2012 di luar rumah pengerusi bersama Bersih ketika itu, Ambiga Sreenevasan.

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini. Menurut laporan FMT Ali mendakwa dia sudah insaf dan kini hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno berikutan skandal rasuah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

“Kita sebagai ahli hilang keyakinan terhadap ketua kita, saya ibarat penyokong, kalau ada perlawanan bola sepak akan sokong pasukan tertentu, tetapi apabila pihak pengurusan jual perlawanan, maka kita tidak sokong lagi.

“Saya masuk Bersatu atas kehendak sendiri. Saya di Umno dahulu bukan di pihak pengurusan parti, jadi kita hanya ikut apa yang dikatakan pimpinan atasan, tapi tindakan pimpinan atasan buat saya hilang kepercayaan,” katanya kepada FMT.

Bersatu belum luluskan keahlian

Menurut laporan itu, Ali menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu bahagian Bandar Tun Razak.

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini


Bagaimanapun, sumber Bersatu dalam suatu lagi laporan FMT dipetik berkata, parti itu belum meluluskan permohonan keahlian Ali.

“Beliau hanya menghantar borang permohonan, tetapi belum diluluskan keahliannya,” katanya.

Bantahan Ali Tinju pada 15 Mei 2012 memaparkan sekumpulan pesara tentera melakukan "latihan senaman" di luar rumah Ambiga, yang melibatkan gerakan membongkok dan menghalakan punggung mereka ke arah pintu masuk kediaman peguam itu.


Protes tersebut dibuat sebagai tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan sebulan lebih awal.

Dia juga mengancam untuk melakukan perkara yang sama di pejabat Malaysiakini kerana membantah laporan berita mengenai isteri perdana menteri ketika itu, Rosmah Mansor, tetapi ugutan berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Ali juga dituduh di mahkamah pada tahun 2015 kerana didakwa membuat kenyataan menghasut semasa kejadian kekecohan di luar Plaza Low Yat pada awal tahun itu, tetapi peguam negara, Mohd Apadi Ali tiba-tiba menggugurkan pendakwaan terhadapnya memberi sebab kekurangan bukti.

Pada tahun 2016, beliau mengetuai tunjuk perasaan terhadap polis yang didakwanya gagal bertindak dengan sepatutnya pada perhimpunan Tangkap MO1, yang sebaliknya merupakan bantahan yang menyeru pihak berkuasa untuk menangkap Najib atas skandal 1MDB.

Pada 2016 juga, Ali dilaporkan membuat ugutan bunuh terhadap pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah.

Ali mendakwa media salah lapor kenyataannya, tetapi kemudiannya muncul rakaman yang menyokong laporan itu.

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini


Menurut menteri dalam negeri pada waktu itu, Zahid Hamidi, kes itu diklasifikasikan sebagai NFA (Tiada Tindakan Lanjut).

Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dalam maklum balasnya kepada Malaysiakini berkata cukup mengecewakan jika Ali diterima sebagai anggota Bersatu.

"Dia telah menunjukkan sikap tidak bertoleransi terhadap pandangan yang berbeza dan mengancam nyawa pihak yang tidak bersetuju dengan pandangannya. 

"Pada era Malaysia baru ini bukan sahaja pemimpin rasuah yang tidak dapat diterima tetapi juga mereka yang memprovokasi keganasan.

"Jika kita tidak bertegas, apa yang akan menghentikan mana-mana pihak daripada menerima Jamal Md Yunos?" Soalnya.

Pakatan Harapan Wajib Tapis Keahlian Individu Ini. Jamal merupakan ketua Umno bahagian Sungai Besar yang turut dikenali kerana sering membuat kenyataan yang dianggap provokatif dan tanpa toleransi. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...