Wednesday, 7 November 2018

Najib Nak Lari Ke Mana?

Najib Nak Lari Ke Mana? Goldman Sachs Group Inc mungkin berdepan “penalti ketara” akibat urus janji melibatkan 1MDB, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ) hari ini.

Perkembangan ini selepas rakan kongsi kanan firma itu didakwa kerana penyogokan dan pengubahan wang melibatkan 1MDB.

Firma itu dalam laporan pendapatan suku ke-3 kepada pengawal selia pada Jumaat berkata ia sedang bekerjasama dengan penyiasat.

Najib Nak Lari Ke Mana?  Firma itu juga menyatakan skandal itu telah memaksanya untuk meneliti budaya perniagaan dan kawalan dalamannya.

WSJ melaporkan pendedahan 400 perkataan oleh firma itu adalah “yang paling terperinci” mengenai siasatan ke atas 1MDB, yang antara lain menonjolkan potensi kelemahan dalam program pematuhan Goldman.

Bekas eksekutif kanan Timothy Leissner mengaku bersalah atas tuduhan korupsi dan pengubahan wang di Amerika Syarikat. Bekas pengarah urusan Roger Ng turut dituduh bersama-sama ahli perniagaan Low Taek Jho yang dituduh tanpa kehadiran terdakwa.

Leissner dengan mudah memintasi kawalan perakaunan dalaman dan mengutamakan pemeteraian urus janji daripada pematuhan, kata laporan itu.

WSJ turut memetik seorang penganalisis sebagai berkata pendedahan oleh firma itu menunjukkan ia mungkin sedang berbincang dengan pendakwaraya mengenai penyelesaian.


Najib Nak Lari Ke Mana? 


Pengawal selia dijangka meneliti kenyataan bank itu mengenai kawalannya apabila mempertimbangkan penalti.

“Jangkaan dalam kalangan pengawal selia adalah budaya perniagaan semata-mata bukan sebab yang cukup untuk melepasi kawalan dalaman,” katan William Garrett, pengarah analitis kandungan dan dana di Foreign Corrupt Practices Act Clearinghouse, sebuah pusat penyelidikan di Pusat Tadbir Urus Korporat Rock di Sekolah Undang-undang Stanford.

Turut dilaporkan seorang rakan Goldman, disebut dalam dokumen mahkamah sebagai seorang pengkomplot yang didakwa mengetahui sogokan telah dibayar, dan membantu Leissner melepasi pegawai pematuhan, diarah bercuti.

Najib Nak Lari Ke Mana? 


Pendedahan itu menyusuli dakwaan, yang didedahkan minggu lalu oleh pendakwaraya Amerika Syarikat, bahawa Ng, dan Leissner, seorang pengarah urusanyang mengetuai unit Goldman di Asia Tenggara, membayar sogokan, dan mencuri dan mengubah wang daripada 1MDB.-  free malaysia today



Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...