Tuesday, 6 November 2018

Najib Kantoi Lagi?

Najib Kantoi Lagi?  Akhbar Utusan Malaysia milik Umno melancarkan serangan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak mendakwa beliau berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya.

Sebelumnya, Najib mendakwa wang itu merupakan "derma" daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Najib Kantoi Lagi? Pojok Awang Selawat dalam Mingguan Malaysia hari ini mengatakan pembohongan Najib itu terbongkar ketika wawancara terbaru Al Jazeera dan beliau perlu memohon maaf kepada semua ahli Umno.

"Pendedahan Najib Razak yang beliau sebenarnya tidak tahu sumber wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya menyebabkan rakyat Malaysia terutamanya ahli Umno berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima kenyataan beliau bahawa wang itu sebenarnya adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

Najib Kantoi Lagi?


"Adalah tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu...Akhirnya pembohongan Najib terbongkar dalam wawancara bersama Mary Ann Jolley dalam siaran Al Jazeera baru-baru ini.

"Najib harus memohon maaf kepada semua ahli Umno kerana pembohongan inilah sebenarnya yang telag menghilangkan keyakinan rakyat kepada kepimpinan BN dan akhirnya menyebabkan parti komponen itu hilang kuasa memerintah," kata Awang Selamat.

Awang Selamat hari ini menggunakan pembayang pantun dua kerat, "siakap senohong, gelama ikan duri..." sebagai judul pojoknya.

Najib Kantoi Lagi?


Sementara pada penghujung ruangan itu, Awang Selamat menyimpulkan maksud pembayang pantun lama yang malar segar itu.

"Bukan semua pencuri itu pembohong tetapi mereka yang berbohong itu selalunya mencuri," katanya. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image

1 comment:

  1. Biarkan si Najib terjun dgn labunya, biarkan terus dengan pembohongannya....

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...