Thursday, 29 November 2018

Naib Canselor UKM Ditukar

Naib Canselor UKM Ditukar Khidmat Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sebelum ini kecoh berikutan tindakan menghalang wacana yang melibatkan aktivis sosial, Hishamuddin Rais akan berakhir pada 31 Disember depan.

Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Tan Sri Abdul Wahid Omar menerusi kenyataan yang dilihat FMT menyatakan, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melantik Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor sebagai naib canselor baru bagi menggantikan Noor Azlan.

“Pihak universiti dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa tempoh perlantikan Tan Sri Noor Azlan Ghazali sebagai Naib Cancelor UKM akan berakhir pada 31 Disember 2018.

Naib Canselor UKM Ditukar


“Saya bagi pihak ahli Lembaga Pengarah UKM dan warga UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Noor Azlan atas komitmen dan sumbangan besar yang diberikan dalam membangunkan UKM kepada kedudukan cemerlang sepanjang perkhidmatan beliau selama 5 tahun sebagai naib canselor. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


4 comments:

  1. Naib cancelor UPM bila pula nak tukar...jaga kroni je.....

    ReplyDelete
  2. Hashamudin Ras hebat bro..sejarah dunia jemput beri talk..bravo PHancing

    ReplyDelete
  3. Harap letak blk pondok pengawal kt pintu masuk.

    ReplyDelete
  4. Kalau sbb tak benar HishamUdin(TT) berwacana di UKM kena tukar. Mmg ngoklah menteri. TT tu mmg tak layak berwacana di U sbb asyik cakap pasal entot dan mcarut je. Lagi pun dia tak suka basuh bila kencing. Tak percaya tanya dia samada dia basuh tak bila kencing.

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...