Tuesday, 20 November 2018

Model Malaysia Jadi Pejuang IS

Model Malaysia Jadi Pejuang IS. Seorang model kacukan Malaysia Australia yang pernah dinobatkan sebagai “Malaysia’s Most Eligible Bachelor” terbunuh di Syria 2 tahun lalu ketika bertempur bersama kumpulan militan IS, lapor akhbar Australia.

Herald Sun berkata Amir Millson terbunuh pada 2016 selepas terpijak periuk api di Syria, ketika dia membawa pejuang IS di bahunya.

Model Malaysia Jadi Pejuang IS.  Ibu Millson adalah rakyat Malaysia. Dia belajar dalam jurusan komunikasi massa di Universiti Curtin di Perth sebelum pulang ke Malaysia, di mana dia dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Eligible Bachelor oleh majalah Cleo Malaysia pada 2010.

Pada usia 27, dia menjadi model sambilan dan bercita-cita menjadi pengacara televisyen.

Dalam temu bual dengan Cleo, katanya, dia mahu menjadi perdana menteri.

Millson kemudian berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, tetapi bercerai.

Model Malaysia Jadi Pejuang IS


Pada 2014, dia mula berpandangan radikal, di mana seorang kawannya memberitahu ia adalah “proses beransur-ansur” dia berubah menjadi penyokong IS.

Tahun berikutnya, Millson, memuat naik gambar dirinya sebagai pejuang bersenjata di Syria.

“Kami mendengarnya apabila dia mati. Dia membawa seorang pejuang dibahunya ketika dia terpijak periuk api. Itu yang berlaku,” kawannya memberitahu Herald Sun.

Model Malaysia Jadi Pejuang IS


Organisasi Perisikan Keselamatan Australia pada September mengesahkan Millson terbunuh semasa berjuang untuk kumpulan pengganas. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

1 comment:

  1. Good post, well written. Many thanks. I will be back soon to check out for updates. Cheers

    dewa poker

    poker88

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...