Friday, 2 November 2018

Menteri Kantoi

Menteri Kantoi. Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar mempertahankan tindakannya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan ketika menyertai kempen pemilihan PKR, September lalu.

Calon naib presiden PKR itu berkata, beliau bukan sengaja menyalahgunakan aset kerajaan kerana bergegas ke pemilihan parti di Batu Pahat, sekembalinya dari luar negara.

Menteri Kantoi. “Saya baru balik daripada lawatan rasmi Colombia, pemandu saya jemput (di lapangan terbang) sebab sukar untuk saya balik dan tukar kenderaan. Jadi, kita terus pergi ke tempat tersebut dari ‘airport’ kemudian balik ke pejabat.

“Kita nak cepat pergi ke tempat pemilihan, kalau pergi lewat akan terlepas. Saya bukan pergi ke situ hanya untuk berkempen, tapi saya dari program rasmi,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Shamsul mengulas aduan seorang ahli PKR kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) pada 14 Oktober lalu yang mendakwa beliau menyalahgunakan aset kerajaan ketika pemilihan parti.

Dalam surat bantahan yang disertakan gambar kereta rasmi kerajaan itu, ahli PKR berkenaan mendakwa kejadian itu berlaku kira-kira 2 petang 30 September lalu di pusat pemilihan PKR Bahagian Batu Pahat.

Katanya, tindakan yang dilarang PKR itu mencalarkan imej parti dan mencemarkan kredibiliti pegawai kerajaan terbabit.

Menteri Kantoi


Shamsul bagaimanapun mendakwa gambar itu diambil isteri kepada Ahli Parlimen Kapar, Datin Faezah Ariffin daripada “kem” Rafizi Ramli.

“Gambar itu ditangkap isteri ahli Parlimen Kapar, sebab saya nampak dia ambil kamera,” katanya daripada “kem” Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

“Saya dah jangka benda ini akan dibangkitkan sebab saya ada nampak dia ambil gambar, jadi tidak ada masalah.

“Kalau ada gambar-gambar lain silakan, saya yakin tidak ada gambar lain,” katanya sambil menambah beliau hanya sekali menggunakan kenderaan rasmi kerajaan ketika pemilihan parti.

Katanya, beliau sedia berdepan sebarang tindakan parti.

Menteri Kantoi


“Tidak ada masalah, saya dah biasa kena (terima) surat (amaran).”

Awal Ogos lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan JPP PKR memantau calon bagi mengelakkan mereka menyalahgunakan kuasa untuk meraih kemenangan dalam pemilihan parti. - free malaysia today



   
Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





2 comments:

  1. Sengaja atau tidak sengaja, biasa atau tidak biasa terima surat amaran. Itu bukan alasan. Yg penting, jgn amalkan perangai pemimpin2 terdahulu.

    ReplyDelete
  2. Lagak nya dah sama shj dgn pemimpin2 dahulu

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...