Wednesday, 28 November 2018

Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman

Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman. Polis menahan sekurang-kurangnya sembilan individu berhampiran kuil Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya hari ini selepas enggan mendengar arahan polis untuk bersurai.

Polis mengerahkan dua unit Pasukan Tempur Ringan (LSF) antirusuhan sekitar 12.50 pagi ini.

Separuh daripada 80 individu dalam yang berkumpul di sekitar kuil bersurai, namun selebihnya berdegil.

Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman. Polis kemudian memberi amaran terakhir dan memaklumkan akan membuat tangkapan sekiranya mereka terus enggan bersurai.

Akhirnya polis bergerak untuk membuat tangkapan dengan pasukan LSF mengambil kedudukan bersiap sedia. 

Beberapa individu yang berjaya melarikan diri berundur ke stesen minyak berhampiran dan mula menjerit ke arah polis.

"Orang Melayu nak tangkap!" jerit salah seorang dari kumpulan yang berada di stesen minyak berkenaan.

Polis kemudian bergerak ke stesen minyak itu dan mengepung sebuah kenderaan Myvi putih yang dilihat dinaiki beberapa individu daripada kumpulan itu. Polis bagaimanapun gagal menahan kereta itu.

Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman


Operasi tangkapan berlangsung kira-kira 20 minit.

Salah seorang yang ditahan mendakwa merupakan calon SPM yang akan menduduki kertas pendidikan agama Islam hari ini.

Terdahulu, menjelang tengah malam, polis cuba menyuraikan sekumpulan kecil kira-kira 80 individu yang berkumpul berhampiran kuil Seafield Sr Maha Mariamman di Subang Jaya yang menjadi lokasi rusuhan dua hari berturut-turut.

Kumpulan berbaju hitam itu berkumpul di jalan berhampiran kira-kira 50 meter dari kuil yang dipisahkan Lebuhraya LDP.

Mereka menjelaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk mencetuskan kekacauan.

Kisah Di Sebalik Tabir Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariamman


"Kita datang sini bukan nak serang kuil, tempat orang sembahyang. Tidak. Kita datang sini nak tunjuk betapa kita orang Melayu semua, jangan pijak orang Melayu. Jangan pijak kita, jangan paksa kita. Itu saja.

"Kita nak tunjuk pada mereka. Mereka pukul orang awam, kita tidak akan pukul orang awam, kita tak akan serang. Kita ada akal.

"Kita datang sini nak buat apa? Kita nak berhimpun secara aman, itu saja yang kami nak," kata salah seorang dari kumpulan itu. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...