Thursday, 29 November 2018

Keputusan Terbaik Kerajaan Pakatan Harapan

Keputusan Terbaik Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan memutuskan sebarang pembinaan rumah ibadat baru perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mana-mana rumah ibadat tidak lagi boleh dibina di atas tanah yang bukan milik mereka.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu penting bagi mengelak sebarang masalah yang timbul pada masa hadapan, terutama apabila pemilik tanah menuntut semula hak mereka.

Keputusan Terbaik Kerajaan Pakatan Harapan. “Masalah sekarang ialah kuil dibina tanpa mengambil kira siapa pemilik tanah dan apabila pemilik ingin mengambil semula tanah mereka, masalah mula timbul.

“Ketika ini banyak kuil dibina di atas tanah milik pihak lain. Itu masalah yang sering kita hadapi sekarang.

“Jadi kerajaan (akan) meluluskan resolusi dan menetapkan syarat bahawa mana-mana rumah ibadat baru yang akan dibina selepas ini, perlu mendapatkan kebenaran PBT,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan tertinggi Bersatu di Kuala Lumpur, hari ini.

Keputusan Terbaik Kerajaan Pakatan Harapan


Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kekocohan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Height, Subang Jaya sehingga hampir mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Ditanya mengenai kuil yang sudah wujud sejak sekian lama pula, beliau berkata kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa mengenai perkara itu.

Keputusan Terbaik Kerajaan Pakatan Harapan. “Itu kami tidak boleh membuat apa-apa,” katanya. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...