Sunday, 18 November 2018

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa?

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa? Datuk Mohd Puad Zarkashi hari ini hari menuduh pendakwaan terhadap pemimpin Umno rancangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memusnahkan parti Melayu itu demi kelangsungan PPBM.

Bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu berkata pemimpin Umno ketika ini didakwa dengan berpuluh tuduhan tetapi tiada satu pun terhadap bekas menteri dan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan.

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa? “Kenapa Umno sahaja?” katanya di Facebook hari ini. “Jawapannya mudah. Dr Mahathir yang suruh. Dr Mahathir hanya mahu memusnahkan Umno dan minta mereka menyertai PPBM untuk menyelamatkan PPBM.”

Ketua Umno Batu Pahat itu menyimpulkan Umno menjadi tumpuan kerana Dr Mahathir merasakan parti Melayu itu ancaman terhadap dirinya. “Beliau akan kejar Umno sampai ke lubang cacing.”

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa?


“Pada dia MCA, MIC dan Gerakan bukan ancaman. Ahli Parlimen ketiga-tiga parti itu seorang dua sahaja. Bukan boleh dibawa masuk ke dalam PPBM pun,” katanya.

Kenapa MIC, MCA Dan Gerakan Tidak Didakwa? Antara pemimpin Umno yang sedang membela diri adalah bekas presiden Datuk Seri Najib Razak, Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa atas pelbagai tuduhan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

5 comments:

  1. Kita memang dah tak nak umno. Eloklah sangat kalau umno pupus supaya rasuah, klaptokrasi dan perompak dapat dihapuskan.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Biasanya apabila sesuatu pasukan tewas dalam perlawanan bolasepak bermaruah, yang kena pecat adalah pengerusi. pengurus dan jurulatihnya. Harap komen saya ni tidak meggunakan bahasa kesat.

    ReplyDelete
  3. MIC , MCA Dan Gerakan tak rasuah..yang rasuah adalah UMNO jadi memang pastutlah UMNO saja yang kena tangkap...

    ReplyDelete
  4. Kita hukum penyangak dan bangsat Melayu Islam dulu la lepas tu baru buka kes MCA, MIC, GERAKAN pulak. Sebabnya puak2 UMNO Melayu/ Mamak yang beragama Islam ini lebih jahat perangai mereka.

    ReplyDelete
  5. Good post, well written. Many thanks. I will be back soon to check out for updates. Cheers

    dewa poker

    poker88

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...