Saturday, 10 November 2018

Kejutan Dari Pakatan Harapan

Kejutan Dari Pakatan Harapan. Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan memohon maaf kepada seluruh rakyat malaysia kerana tidak dapat menunaikan janji berkaitan penangguhan bayaran balik pinjaman bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 seperti yang diumumkan dalam manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Katanya, hal itu diputuskan selepas melihat hutang negara yang tinggi dan keperluan pelajar baru yang memerlukan dana, hasil bayaran balik peminjam terdahulu.

Kejutan Dari Pakatan Harapan. "Saya nak buat pengumuman, saya nak buat permohonan maaf kepada saudara saudari dan rakyat.

"Ramai tuntut Harapan tangguh bayaran PTPTN bagi peminjam yang gajinya di bawah RM4,000.

"Saya dah berbulan-bulan fikir bagaimana cara laksana janji ini, mandat yang di perolehi bagaimana nak laksanakan janji ini kerana janji tak dapat dilaksanakan," kata Wan Saiful.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan di Aswara, hari ini.

Kejutan Dari Pakatan Harapan


Menurutnya, beliau merangka manifesto HARAPAN bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu termasuk janji berkaitan PTPTN setelah mendapat input daripada pelbagai pihak.

Katanya, ketika itu beliau tidak mengetahui jumlah hutang negara.

Kejutan Dari Pakatan Harapan. "Ketika itu saya tak tahu hutang negara dan hutang PTPTN banyak dan (kini) hutang yang kami tanggung dah jadi bebanan negara," katanya. - malaysiakini



Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



2 comments:

  1. At least he got some balls to seek forgiveness because he has erred...1MDB and 2.6 billion issues were still being spin until now...

    ReplyDelete
  2. Bagus minta maaf Nih...tapi bagilah logik ckit...gaji 1000 kena potong gaji dah..kalau 4000 tak dapat kurang kan 2500 ke...munasabah jgn terikut mcm mazlee....buat perkara yg malukan diri sendiri

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...