Thursday, 29 November 2018

Kejutan Dari Dewan Rakyat

Kejutan Dari Dewan Rakyat. Dua usul tergempar untuk membahaskan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, oleh ahli parlimen kerajaan mahupun wakil pembangkang di Dewan Rakyat telah ditolak hari ini.

"Kedua-dua usul telah ditolak," kata speaker Dewan Rakyat, Mohd Ariff Md Yusof pada persidangan hari ini.

Kejutan Dari Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ronald Kiandee (BN-Beluran) sama ada usulnya ditolak dan usul yang sama oleh pihak penyokong kerajaan yang bawa oleh Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) diterima.

“Tidak. Mereka pun dah dibagitahu. Kedua-dua usul ditolak,” katanya tanpa menjelaskannya.

Menurut Ronald, beliau menerima surat daripada speaker yang menjelaskan bahawa usulnya ditolak kerana Dewan tidak sepatutnya berurusan dengan lebih daripada satu usul dalam sehari.

Pada Selasa lalu, kedua-dua Ronald dan Fahmi mengemukakan usul untuk membahaskan rusuhan kuil di Subang Jaya itu pada 26 November yang mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Kerajaan hari ini bagaimanapun memilih untuk menjawap perkara itu menurut Peraturan Mesyuarat 14 (i) iaitu penerangan daripada menteri-menteri.

Kejutan Dari Dewan Rakyat


Sementara itu, pada satu sidang media di lobi parlimen, Fahmi menerima penolakan usul itu dengan hati terbuka.

“Usul itu ditolak dalam kamar atas nasihat Datuk Ariff (speaker), memandangkan siasatan terhadap kekecohan di kuil Seafield sedang berlangsung,” katanya.

Biarpun usul itu ditolak, beliau percaya matlamat asal usul itu telah tercapai berikutan ucapan yang dibuat oleh perdana menteri dan menteri dalam negeri di Dewan Rakyat hari ini. 

Terdahulu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Dewan Rakyat mengingatkan rakyat supaya tidak melampaui batas demokrasi dan undang-undang di negara ini sehingga menimbulkan kekecohan.

Kejutan Dari Dewan Rakyat


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin pula mengumukan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Isnin lalu.

Pasukan itu yang dikenali sebagai Op Seafield itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan menggabungkan personel daripada JSJ Bukit Aman dan kontinjen polis Selangor termasuk beberapa pejabat polis daerah di bawahnya bagi menjalankan siasatan. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...