Thursday, 8 November 2018

Jho Low Bakal Dikesan

Jho Low Bakal Dikesan. Negara Saint Kitts and Nevis telah membatalkan pasport yang dikeluarkannya kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Thaek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.

Pentadbiran negara di kepulauan Caribbean itu membuat keputusan tersebut pada Jun lalu, berikutan pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia mahu menangkap Low yang terkait dengan skandal 1MDB.

Jho Low Bakal Dikesan. Penerbitan mingguan, St Kitts & Nevis Observer dalam laporan beritanya berkata Low menjadi warga negara ekonomi Saint Kitts and Nevis pada 2011, tetapi tidak pernah memasuki negara itu.

"Jho Low menjadi warga negara ekonomi St Kitts dan Nevis bawah pentadbiran (perdana menteri) Denzil Douglas pada tahun 2011, tetapi tidak pernah memasuki negara ini. Rekod imigresen menunjukkan bahawa Jho Low tidak pernah memasuki mana-mana pelabuhan di St Kitts dan Nevis.

"Pada 8 Jun, Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Malaysia sedang berusaha menangkap pembiaya, yang dipercayai berada di luar negara.


Jho Low Bakal Dikesan


"Pentadbiran Perdana Menteri Timothy Harris mengambil keputusan, selepas membuat pertimbangan, untuk membatalkan pasport Saint Kitts dan Nevis yang dibawa Jho Low melalui Interpol pada bulan Jun lalu," kata laporan berita yang diterbitkan pada hari Selasa.

Jabatan Imigresen Malaysia pada bulan Julai dilaporkan mengesahkan Low mempunyai pasport yang dikeluarkan oleh Saint Kitts dan Nevis, menggunakan namanya sendiri.

Jho Low Bakal Dikesan. Pasport Malaysia yang dipegang Low juga telah dibatalkan Jabatan Imigresen pada bulan Jun lalu atas permintaan SPRM berkaitan siasatannya terhadap 1MDB. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...