Wednesday, 21 November 2018

Dinding Kubah Planetarium Melaka Runtuh

Dinding Kubah Planetarium Melaka Runtuh. Sebahagian siling kapur di ruang pameran Planetarium Melaka runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut di Ayer Keroh semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Planetarium Melaka Sdn Bhd, Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani berkata dalam kejadian kira-kira 1.25 tengah hari itu, pusat pelancongan berasaskan pendidikan itu dibuka kepada orang awam namun tiada pengunjung ketika insiden berlaku.

Dinding Kubah Planetarium Melaka Runtuh.  Juga tiada pekerja premis itu yang terlibat.

Beliau berkata sejurus insiden tersebut berlaku, premis yang dirasmikan pada 2009 itu ditutup serta-merta sebagai langkah keselamatan awal kepada pengunjung dan pekerja.

"Saya telah membuat laporan polis dan bomba. Anggota bomba pun telah hadir ke lokasi untuk melihat tempat kejadian dan kita bersetuju bangunan Planetarium Melaka ini ditutup sementara sehingga siasatan pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai.

"Siasatan lanjut telah diserahkan kepada pihak bomba dan JKR.

Dinding Kubah Planetarium Melaka Runtuh


Kenyataan seterusnya hanya akan dikeluarkan selepas siasatan selesai, katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hamdan Sudin berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.41 petang bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila dinding pada bahagian kubah premis itu runtuh dan menghempap bumbung serta siling.

Dinding Kubah Planetarium Melaka Runtuh


"Akibat runtuhan itu, bahagian belakang ruang pameran mengalami kerosakan teruk apabila terkena struktur yang runtuh namun tujuh pekerja yang berada di dalam premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - bernama





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. Good post, well written. Many thanks. I will be back soon to check out for updates. Cheers

    dewa poker

    poker88

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...