Wednesday, 14 November 2018

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan. Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) terkejut kerajaan memotong subsidi baja untuk pesawah sehingga 50% dalam Belanjawan 2019, mengatakan pengurangan itu bakal memberi “tekanan amat ketara” kepada golongan itu.

Menurut beliau, peruntukan itu dalam belanjawan kali ini nampaknya lebih rendah berbanding belanjawan kerajaan dulu.

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan. “Sudahlah mereka tertekan dengan kehidupan sekarang tetapi memotong subsidi baja padi sawah dan padi huma akan beri tekanan yang amat teruk,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-undang perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyeru kerajaan supaya mengkaji semula pengurangan tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada produktiviti pesawah.

“Kita semua tahu pesawah amat bergantung dengan subsidi kerajaan. Saya amat terkejut apabila tidak ada subsidi langsung yang diberikan kepada mereka.”

Dalam Belanjawan 2019, kerajaan mengumumkan RM4.4 bilion untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dengan RM3 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.36 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan


Dalam Belanjawan 2018, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion dengan RM2.3 bilion untuk bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran, dan RM150 juta lagi untuk bantuan RM200 sebulan kepada pesawah bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

Sebelum itu, Johari mengucapkan terima kasih kepada Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang secara berseloroh mengajuk gaya dan ucapannya seperti seorang menteri besar.

“Terima kasih, semoga kata-katamu akan menjadi suatu doa,” katanya disambut sorakan wakil-wakil rakyat yang lain.

Berita Mengejutkan Dari Pakatan Harapan. Johari sebelum ini berkata dia tidak berniat untuk menggantikan tempat Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image


1 comment:

  1. tahniah! tahniah! tahniah! buat semua pengundi yang memilih PH dalam PRU 14 baru-baru ni...mudah-mudahan selepas ni lebih banyak lagi penindasan terhadap golongan miskin macam kitorang ni yang di lakukan oleh Kerajaan PH

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...