Thursday, 8 November 2018

Belanjawan 2019 Mesra Islam.. Ini Buktinya

Belanjawan 2019 Mesra Islam.. Ini Buktinya. Pakar kewangan Islam Dr Zaharuddin Abdul Rahman memuji peruntukan terhadap hal ehwal agama Islam yang meningkat dalam belanjawan 2019.

Beliau membangkitkan peningkatan peruntukan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada RM 1.2 bilion berbanding RM1.1 bilion pada belanjawan lepas.

Belanjawan 2019 Mesra Islam.. Ini BuktinyaZaharuddin juga berkata mengetengahkan peningkatan peruntukan untuk Jabatan Kehakiman Syariah dari RM55.7 juta kepada RM68.4 juta dan Jabatan Pendakwaan Syariah dari RM3.4 juta kepada RM4.14 juta.

Pembangunan mahkamah syariah dulu RM19 juta kini naik kepada RM22 juta, katanya lagi dalam Dialog Belanjawan 2019 di Institut Darul Ehsan, Shah Alam semalam. 

Sementara itu, profesor adjung Universiti Selangor (Unisel) itu berkata, agensi kerajaan Halal Industry Development Corporation (HDC) yang dulu tidak mendapat apa-apa peruntukan kini diberikan RM11.2 juta.

Belanjawan 2019 Mesra Islam.. Ini Buktinya


“Secara ilmiahnya, bagaimana kita nak mengatakan ia tidak mesra kepada Islam?”

Beliau justeru menolak dakwaan bahawa agama Islam telah ditolak-ansur dalam belanjawan kali ini.

Belanjawan 2019 Mesra Islam.. Ini Buktinya. “Sebenarnya masih dalam keadaan baik-baik, insya-Allah,” katanya lagi. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image



3 comments:

  1. Hanya kaitan dengan duit. Apa hal pulak dengan ruu355. Utk orang islam je, ngapa tentang sangat. Bab duit depa curi sokongan, tp tidak bab hukum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruu355 dah diberi peluang untuk bahas tidak digunakan. cuba tanya siapa yang ingin ruu355 tidak dibahaskan pada sesi parlimen yang lepas. harap parti yang tidak mau ianya untuk dibahas patut bertanggungjawab.

      Delete
  2. Ini bab belanjawan.. apa kena mengena pulak dengan RUU355..? selain yg disebut oleh Dr. Zaha, Islam keras menentang judi.. maka secara halus cukai judi dinaikkan.. dengan tujuan supaya kos menganjur judi meningkat.. kos masyarakat sertai judi meningkat.. ini secara tidak lansung mendorong rakyat kalau boleh terus tinggalkan judi.. rokok juga haram di sisi Islam.. maka ia diharamkan dihisap ditempat awam seperti restoran dan bangunan kerajaan.. alhamdulillah tahun depan kita tidak lagi dihembus oleh perokok2 dalam kedai makan.. ini semua bab hukum ke tidak?...

    ReplyDelete

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...