Sunday, 4 November 2018

Bas Terjunam Ke Sungai

Sebuah bas terjunam ke dalam sungai di barat daya China selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara seorang penumpang dengan pemandunya, lapor agensi berita Xinhua.

Memetik kenyataan polis wilayah Chongqing, satu video dari kamera pengawasan bas terbabit yang berdurasi 8 saat menunjukkan kedua-dua mereka bergaduh sebelum bas terbabit terbabas ke laluan bertentangan dan terjunam ke dalam Sungai Yangtze.

Menurut polis lagi, penumpang wanita itu mula bertengkar dengan pemandu tersebut selepas dia terlepas perhentiannya.

Bas itu kemudiannya bertembung dengan kereta yang datang dari arah depan sebelum menghentam tembok dan terjunam ke dalam sungai pada Ahad. Penyelamat menjumpai bangkai bas pada malam Rabu.

Dalam insiden itu, 13 mayat dijumpai dalam sungai dan 2 lagi hilang. Tiada mangsa dipercayai terselamat. - free malaysia today




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...