Thursday, 1 November 2018

Apa Itu ICERD?

Apa Itu ICERD? Umno menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan rancangan untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata parti itu juga menyarankan agar kerajaan membuat penelitian lebih terperinci dan mempertimbangkan semula keputusan itu.

Apa Itu ICERD? "Lebih-lebih lagi sekiranya didapati bahawa kesan meratifikasi ICERD akan memaksa Malaysia untuk mengubah apa-apa perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia atau mana-mana program rekayasa sosial yang kita jalankan selama ini.

"Umno, khususnya melalui Majlis Dasar Awam, akan terus memperhalusi perkara ini dan melakukan kerjasama dengan pelbagai pihak dari semasa ke semasa untuk mendapatkan input serta kefahaman yang lebih luas berkenaan ICERD dan kesan-kesannya.

"Yang pasti, Umno menggesa Kerajaan Malaysia untuk tidak bertindak terburu-buru dalam perkara ini.

Apa Itu ICERD?


"Terlajak perahu boleh kita undur. Namun, tersalah langkah dalam menerima konvensyen antarabangsa yang tidak sesuai dengan konteks dan keperluan tempatan, pasti akan mengundang sesalan," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, perdana menteri Tun Dr Maahthir Mohamad berkata kerajaan hanya akan meratifikasi ICERD selepas berbincang dengan semua kaum. 

Menurutnya, beliau telah menyatakan sebelum ini bahawa meratifikasi konvensyen itu bukan tugas mudah kerana Malaysia adalah negara berbilang kaum.

ICERD menjadi isu hangat sejak beberapa minggu lalu selepas Menteri di Jabatan Perdana menteri, P Waythamoorthy berkata kerajaan akan memeterai konvensyen itu pada suku pertama tahun depan.


Apa Itu ICERD? 


Ini mencetuskan bantahan termasuk Pemuda Umno dan PAS, yang mendakwa ICERD bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan khususnya bercanggah dengan hak istimewa Bumiputera dan meminggirkan Majlis Raja-raja Melayu. - malaysiakini





Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...