Tuesday, 23 October 2018

Zahid Hamidi Warning Kerajaan PH

Zahid Hamidi Warning Kerajaan PH. Anggota parlimen Bagan Datuk berkata kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia baru-baru ini berpunca daripada pembabitan sesetengah orang dalam aktiviti lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).

Kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akibat perbuatan mereka itu - didakwanya seramai kira-kira 1,000 orang - telah menyebabkan kemurkaan Allah.

Zahid Hamidi Warning Kerajaan PH.  Mengaitkannya dengan situasi di Malaysia Ahmad Zahid yang juga presiden Umno berkata kejadian gempa bumi di kawasan tersebut adalah petanda bahawa Allah menurunkan hukuman-Nya.

"Menurut data yang dikeluarkan oleh LGBT International Intersex Association, melalui laporan state-sponsored homophonia pada Apr 2018 mendapati secara rasmi ada 74 negara telah menolak LGBT.

"Kita lihat situasi di Malaysia (berhubung isu LGBT) turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami.

"Dikhabarkan terdapat lebih daripada seribu di kalangan mereka terlibat dalam aktiviti yang berkenaan, akibatnya seluruh kawasan diranapkan, ini adalah hukuman Allah," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof semasa sesi soal jawab.

Malaysia tolak LGBT

Terdahulu Ahmad Zahid bertanya mengenai pendirian kerajaan berhubung isu LGBT dan usaha yang diambil kerajaan bagi membendung gejala tidak bermoral terbabit.

Zahid Hamidi Warning Kerajaan PH


Ahmad Zahid juga meminta Mujahid menyatakan langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana usaha berkenaan perlu diselaraskan secara menyeluruh.

"Sejauh mana keberkesanan program mukhayyam dilaksanakan Jakim untuk mengelakkan hukuman Allah kepada rakyat Malaysia keseluruhan termasuk mereka yang menolak LGBT?" katanya.

Untuk rekod mukhayyam ialah program yang dirangka Jakim untuk mendekati golongan LGBT dengan menekankan aspek kerohanian. 

Menjawab soalan itu Mujahid berkata pendirian Malaysia adalah jelas dalam isu LGBT iaitu menolaknya - sama seperti lebih 70 negara lain di dunia.

Bagaimanapun kata Mujahid pendekatan yang diambil adalah berbeza-beza.

Zahid Hamidi Warning Kerajaan PH


"Kita faham segala sesuatu yang berlaku yang berlaku di negara ini mesti tangani (dengan dasar) rahmatan lil-amin yang dibuat untuk menyelamatkan pihak terbabit terutama apabila ia bercanggah dengan aspek syariah," katanya.

Gempa bumi di Sulawesi itu berlaku pada 28 Sept lalu dengan kekuatan 7.4 magnitud. Ia kemudian menyebabkan berlaku tsunami yang membadai Palu serta Donggala yang dipisahkan jarak kira-kira 80km antara satu sama lain.'

Menurut agensi penyelaras bencana Indonesia, setakat 10 Okt lalu lebih 2,040 orang terbunuh akibat kedua-dua bencana berkenaan.


Bagaimanapun dakwaan ia berlaku sebagai hukuman atas kegiatan LGBT tidak pernah disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Zahid Hamidi Warning Kerajaan PH. Dakwaan sedemikian dibuat - lazimnya - di kalangan pendakwah atau penceramah tertentu saja. - malaysiakini




Iklan

Image
Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...