Wednesday, 3 October 2018

Wartawan BBC Beri Tekanan Pada Mahathir Semasa Wawancara

Wartawan BBC Beri Tekanan Pada Mahathir Semasa Wawancara. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kritikannya terhadap Israel dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengatakan dia memberikan “penilaian jujur” tentang masalah Timur Tengah itu.

“Jika anda mahu bersikap jujur, masalah di Timur Tengah bermula dengan penciptaan negara Israel. Itulah kebenaranya,” kata perdana menteri dalam wawancara Hardtalk di BBC hari ini.

Wartawan BBC Beri Tekanan Pada Mahathir Semasa Wawancara. Dr Mahathir dalam rangka lawatan kerja ke Britain. Beliau juga menepis komen oleh media Israel yang membidasnya sebagai seorang anti-Semitik, mengatakan istilah itu sering dilemparkan terhadap pengkritik dasar-dasar Israel.

“Ada banyak kaum di dunia ini, saya pernah mengatakan perkara tidak elok tentang mereka tetapi mereka tidak pernah tuduh saya anti itu-ini.

“Tetapi orang Israel istimewa. Anda langsung tak boleh kata Holocaust tidak melibatkan 6 juta orang,” katanya kepada pengacara Zeinab Badawi.

Dr Mahathir juga ditanya tentang kritikan dalam media Israel, yang memetik bukunya Dilema Melayu pada 1970, di mana dia menggambarkan orang Yahudi sebagai ‘berhidung bengkok’.

Wartawan BBC Beri Tekanan Pada Mahathir Semasa Wawancara


“Kata-kata begitu tidak boleh diterima, betul tak, perdana menteri?” kata Badawi kepadanya.

Dr Mahathir menjawab: “Ramai orang kata perkara tidak elok tentang kami, macam ‘Melayu pemalas’ dan macam-macam lagi. Itu adalah pendapat dan saya memberikan pendapat saya.

Bedawi: Jadi mengapa kata berhidung bengkok dan mempunyai naluri yang amat tajam terhadap wang, adakah perlu?

Mahathir: Hidung mereka memang bengkok.

Bedawi: Saya percaya ramai orang akan tersinggung dengan kata-kata itu.

Wartawan BBC Beri Tekanan Pada Mahathir Semasa Wawancara. Mahathir: Ramai orang kata orang Melayu berhidung pesek. Kami tak bantah. Kami tak pergi berperang kerana itu. - free malaysia today





Iklan

Image

Image
Image
Image
Image
Image





No comments:

Post a Comment

Maaf.. komen yang menggunakan bahasa kesat, lucah dan sewaktu dengannya akan dikeluarkan. Komen spam juga akan dibuang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...